in

“Bangganya jadi rakyat malaysia” – Mat Salleh Puji Cara Malaysia Kawal Covid-19 Buat Netizen Kagum

Pujimy7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berkenaan dengan wabak Covid-19 ini kita sendiri tahu yang Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis ini. Lapor Berita Harian.


Beliau adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang coronavirus, selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Ramai juga orang kita bahkan dari luar negara puji cara beliau berbanding dengan negara lain.

 

Jadi perhatian diseluruh dunia

Video ini jadi viral di Facebook dan meraih 51K Shares dan 9K retweets di Twitter kurang dari 24 ia dimuat naik.

Dalam video ini, mat salleh itu menjelaskan 15 sebab kenapa negara lain patut mencemburui negara Malaysia, selain DG Datuk Dr Noor Hisham Abdullah rakyat Malaysia sendiri menjadi pujian orang ramai kerana seluruh warga negara ini menggembleng tenaga untuk bantu cegah Covid-19, salurkan bantuan dari segi PPE dan sokongan moral kepada frontliners.

Malah beberapa pihak dan NGO yang sanggup turun padang bantu mereka yang terkesan dengan krisis ekonomi kelangsungan hidup seperti Ustaz Ebit Lew. Kesemua 15 sebab ini disokong oleh orang Malaysia sendiri.

Kalau kita dengar pun memang jarang cerita ini ada kat negara luar kan? Tengok ni

?? How Malaysia Did The Impossible – Covid-19 ??Here are 15 ways Malaysia did the impossible. In March Malaysia had 3…

Posted by Other Side of the Truth on Monday, May 18, 2020

Biarpun pernah menjadi tumpuan negara akibat beberapa krisis sebelum ini, lelaki tersebut menegaskan bahawa negara kita tidak patut diperlekehkan kerana keprihatinan sesama sendiri.

Ramai netizen yang terharu dan bangga menjadi rakyat Malasyia apabila melihat video ini. Ada juga yang sebak bila melihat negara Malaysia dihargai sebegitu rupa sekali.

 

Rasa bangga jadi rakyat Malaysia – Netizen

Pujimy Pujimy2 Pujimy3

Pujimy4 1

Admin pun terharu bila tengok video ni, walaupun ada je kes-kes orang kita yang tak nak dengar cakap utnuk patuh arahan, tapi kalau nak dibandingkan negar aluar tu. Uish geleng kepala dibuatnya.

 

Baca: “Cuma mau ambil foto aja” – Netizen Tak Peduli Risiko Covid-19, Berkumpul Depan McD Jakarta!

Jkt

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.