in

“Banduan perlu dirujuk di hospital kerajaan” – KJ Nafi Najib Bakal Dibawa Ke IJN

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, peguam Najib memberitahu mahkamah bahawa Najib akan dirujuk ke IJN bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Namun begitu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi sidang media sebentar tadi menafikan perkara ini, lapor FMT.

Menurut Khairy, buat masa sekarang Najib akan menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bukannya Institut Jantung Negara (IJN) kerana banduan perlu dirujuk ke hospital kerajaan.

Saya diberitahu yang Najib sihat.”

Fb5Oh05Akamwrok

Selain itu, Khairy turut menjelaskan dakwaan mengenai ubat darah tinggi Najib yang dikatakan telah ditukar. Menurutnya, kenyataan tersebut tidak menunjukkan cerita penuh.

Khairy mengatakan, Najib telah diberikan ubat darah tinggi generik oleh HKL dan formula ubat tersebut sama dengan apa yang diambil oleh Ahli Parlimen Pekan sebelum ini.

Sebelum ini dia beli ubatnya dari hospital swasta. Bila dia dimasukkan ke HKL, kami beri dia ubat yang hospital kerajaan berikan.

“Ubatnya sama, formulanya sama. Bentuk ubat hanyalah generik.”

Jelasnya lagi, dakwaan sebelum ini menunjukkan seolah-olah ubat tersebut telah ditukar sepenuhnya dan dibuat seperti dia diberikan ubat yang sangat lain dari sebelum ini.

Semalam, bekas pembantu Najib Mukhlis Maghribi telah mendakwa perubahan ubat yang diterima oleh bekas perdana menteri ini telah menyebabkan tekanan darah tingginya naik hingga menyebabkan perbicaraan 1MDB tak dapat diteruskan.

 

Baca: Dr Hisham Jelaskan Status Kesihatan Najib Lepas Anak Dakwa Bapa Tak Dilayan Dengan Baik?

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.