in

“Baki RM0!” – Lelaki Bergaji RM3.8K Mengeluh, Senaraikan Komitmen Bulanan

Gaji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki membuat luahan menerusi UTAR Confessions mengenai kewangannya, dia bertanya pendapat netizen kerana dah buntu macam mana nak buat simpanan untuk masa depan.


Lelaki ini menetap di KL dan bekerja di ibu kota tersebut. Gaji bulanannya RM3,800, tapi lepas potong EPF dan SOCSO, gaji bersihnya sekitar RM3,300.

Dengan perbelanjaannya ini, lelaki tersebut mengatakan bahawa dia tidak ada baki selepas menyelesaikan komitmen penting walaupun dia rasakan pendapatannya itu digunakan untuk perbelanjaan penting.

Disini merupakan senarai perbelanjaan yang dia gunakan :

Sewa : RM 400
Keluarga: RM500
Traffic: RM30
Diet: RM600
Private WiFi & Telefon : RM200
Loan Study : RM150
Keperluan harian & Shopping : RM200
Faedah kesihatan : RM600
Insurans simpanan : RM400
Kad perubatan : RM200
Bayaran lain-lain : RM20

Kalau dikira, selepas dah potong semua, bakinya RM0! Katanya, dia tak ada dating dengan sesiapa dan dia single. Walaupun ada wanita suka dengannya dia terlalu bimbang kerana terbatas dengan faktor gaji.

Patut ke aku kurang makan? Kurangkan duit ibu bapa? Potong insurans simpanan? Apa yang patut aku buat?”

Tambahnya, dia begitu pelik bagaimana orang gaji bawah RM3,000 boleh uruskan perbelanjaan dia. Menurut  WORLD OF BUZZ.

“Kalau nak simpan RM1,000 sebulan, aku kena hidup macam orang gaji RM2,000 je.”

Korang setuju ke apa yang dia katakan? Ada lalui perkara yang sama tak?

 

Baca : “Kalau kerja kat kedai makan ni, saya tak nak kerja jauh. Dah la gaji sikit.”

Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.