Seorang wartawan sukan dan krew berdepan detik mencemaskan apabila mereka dirompak oleh seorang lelaki bersenjata semasa sedang menyampaikan berita secara langsung di Ecuador.
Memetik laporan New York Post, insiden itu berlaku semasa Diego Ordinola sedang membuat liputan di luar Stadium Estadio Monumental di Tarqui, Guayaquil pada tengah hari Jumaat bersama krew DirecTV Sports.
Ketika sedang bersiaran langsung, Ordinola dan krew didatangi seorang lelaki bertopi dan memakai pelitup muka. Mereka kemudiannya diacukan sepucuk pistol dan perompak berkenaan meminta mereka memberikan telefon bimbit.
Menerusi rakaman jukukamera krew berkenaan, perompak terbabit meninggalkan mereka selepas dia mengambil telefon bimbit daripada salah seorang krew.
Cameraman DirecTV Sports difahamkan terus merakam perompak itu semasa suspek melarikan diri. Walaupun jurukamera mengejarnya, penjenayah itu kemudiannya dirakam sudah menaiki sebuah motorsikal dan berlalu meninggalkan kawasan itu.
Insiden itu turut dikongsikan Ordinola menerusi laman sosial Twitter miliknya. Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah mendapat lebih 500,000 tontonan.
“Kami tak boleh bekerja dengan tenang,” tulis Ordinalo dalam hantarannya.
Menurut wartawan itu lagi, pihak polis sudah berjanji untuk mencari penjenayah berkenaan. Bagaimanapun, tiada laporan daripada media tempatan sama ada suspek sudah ditahan atau dikenal pasti.
Ni siquiera podemos trabajar tranquilos, esto ocurrió a las 13:00 de hoy en las afueras del Estadio Monumental.
La @PoliciaEcuador se comprometió a dar con estos delincuentes. #Inseguridad pic.twitter.com/OE2KybP0Od— Diego Ordinola (@Diegordinola) February 12, 2021
Hati kering betul perompak ni. Selamba je acu pistol walaupun tahu tengah live.
Sumber: New York Post