Insiden kereta terjatuh ke dalam gaung semalam meragut dua nyawa, membabitkan sepasang bakal pengantin yang sepatutnya mendirikan rumah tangga pada hujung Disember. Lebih menyayat hati, sehelai baju pengantin ditemui di dalam SUV yang dipandu mangsa, lapor Harian Metro.
Ibu mangsa, Suzaimah Che Azis, berkata kepada media bahawa anaknya dan seorang lagi mangsa, Hassan Shazali, dijadualkan bernikah pada 25 Disember ini, dengan majlis dirancang diadakan secara kecil-kecilan.

Artikel Berkaitan: Kenderaan Jatuh Gaung, Pasangan Pengantin Terkorban
Artikel berkaitan: Gagal Elak Tanah Runtuh, Kereta Terjunam Ke Dalam Gaung Di Gua Musang
Lima dulang hantaran merupakan antara persiapan yang telah dibuat oleh anaknya itu untuk majlis berkenaan.
Difahamkan juga, mangsa berhasrat untuk pakai busana tema hitam pada hari perkahwinannya nanti, lapor Sinar Harian.
Mengikut perancangan, keluarga sebelah lelaki akan bertandang ke rumah belah perempuan untuk berbincang lanjut mengenai majlis tersebut namun dia tidak menyangka perancangan itu hanya tidak dapat dilaksanakan apabila kedua-dua mereka terkorban dalam insiden terbabit.
Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada kedua-dua mangsa.
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian
