“Baik pergi umrah dari beli iPhone” – Disembur Netizen Sebab Beli iPhone, Pakcik Ni Rupa-Rupanya…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



iPhone 11 dah keluar gais, harga dia pun boleh tahan. Kalau tak mampu, kumpul pitih sampai cukup dulu jangan kita terburu-buru nak jual buah pinggang pulak.

Cakap pasal iPhone 11, baru-baru ni netizen Twitter dikecohkan dengan perangai segelintir manusia yang mungkin secara alaminya sentiasa rasa tak senang hati melihat orang lain lebih daripada dia.

Turut terkena tempiasnya adalah seorang ‘pakcik’ yang menjadi pelanggan pertama membeli sebuah iPhone latest di sebuah kedai di Kota Bharu.

Salah ke dia nak beli iPhone baru, sebab ada netizen yang meninggalkan komen berbau sindiran antaranya berbunyi seperti ‘dari beli iPhone baik pergi buat umrah’.

Mungkin dah bengang sangat ada je netizen yang suka menyembur tak tentu pasal dan tak hormat orang tua, ramai yang tampil back up pakcik ni sebab rupa-rupanya — dia bukan calang-calang orang okay!

Nak tau siapa sebenarnya pakcik ni?

Nama dia Dr. Awang Nila, dan dia memang terkenal seantero Kota Bharu sebagai antara doktor terbaik kat sana.

Rupanya ramai yang pernah ada experience mendapatkan khidmat perubatan dari beliau, dan kalau kita baca komen netizen — kebanyakannya kongsi feedback yang positif dan menyenangkan daripada doktor ni.

Kalau nak screenshot semua, tak cukup page nak letak rasanya. Bayangkan daripada satu dua kecaman, tuhan datangkan pula ribuan pujian mewangi buat doktor yang banyak berjasa kepada masyarakat ni.

Jadi, moralnya di sini janganlah nak cepat melatah kalau kita tengok orang lain lebih daripada kita. Lagi satu, don’t judge a book by its cover — mentang-mentang pakcik tu berkopiah je, terus nak kata dia macam-macam.

Pehe dok?

 

Baca: “Seronok lah” – TMJ Belanja Semua Staff iPhone 11 Pro, Netizen Cemburu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.