Berikutan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) telah mula dikuatkuasakan beberapa hari lalu, ramai yang telah kembali bekerja seperti biasa. Ibu bapa pun dah start hantar anak-anak ke taska.
Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana lah nak buat penjarakan sosial dalam kalangan kanak-kanak kan. Ye lah, dorang ni bukan boleh duduk diam lama-lama.
Kali ini admin nak kongsikan tentang cara sebuah taska di Johor Bahru yang cuba mengamalkan social distancing untuk elakkan penyebaran virus korona dalam kalangan budak-budak taska tersebut.
Difahamkan, sebelum taska tersebut mula beroperasi, pihak mereka telah pun sanitize seluruh kawasan taska untuk memastikan kebersihan premis tersebut terjaga.
Pihak taska juga telah menetapkan beberapa SOP yang perlu diikuti oleh ibu bapa sebelum anak mereka dihantar ke situ. Bagus betul dorang ni, teliti macam ni yang kita nak.
Anak-anak perlu dimandikan terlebih dahulu oleh ibu bapa sebelum dibenarkan masuk ke taska. Kalau suhu badan kanak-kanak tak normal, dorang kena balik rumah.
Hand sanitizer juga disediakan oleh pihak taska terbabit. Yang paling bagus, aktiviti yang melibatkan sentuhan tidak akan dilakukan oleh cikgu taska.
Tempat tidur kanak-kanak juga diletakkan secara berjauhan antara satu sama lain supaya dorang tak perlu berhimpit-himpit.
Bagus inisiatif dorang ni. Mungkin taska-taska lain pun boleh buat perkara yang sama.
Baca: Pengasuh Taska di Melaka Kejam Dera Bayi Dengan Ikat Kaki Tangan Ketika Menyusu