“Merokok membahayakan kesihatan.”
Sering kali kita dengar peringatan itu, malahan turut dicetak pada kotak rokok. Merokok ni bukan sahaja bahaya kepada perokok tu, tapi kepada orang sekeliling dan yang terkesan dengan sisa asap basi.
Apa tu sisa asap basi? Haa.. korang boleh baca rantaian tweet oleh @DoktorSamhan kat bawah ni.
Perokok ketiga
Risiko yang dihadapi perokok ketiga hampir sama dengan risiko bagi perokok utama.
Rokok elektronik atau orang kita panggil vape ni pun sama bahaya. Sebab ada bahan kimia dan dilepaskan ke udara. Mungkin ada sisa bahan kimia yang terlekat pada kita dan boleh merisikokan orang lain.
Sebenarnya asap rokok yang menjadi sisa tu lebih bahaya. Kesian kat orang lain terpaksa tanggung risiko sebab tabiat perokok.
Kesan kepada anak kecil
Daripada sisa asap basi tu, anak kecil berisiko untuk terkena penyakit. Teruskan baca kesan di bawah.
Bayi dalam kandungan pun tak selamat daripada terkesan dengan sisa asap basi ni. Bahaya tau sebenarnya.
Kesian tengok anak kecil ada masalah pernafasan. Kalau memang dilahirkan begitu kita boleh terima lagi, ini sebab tabiat merokok orang lain, bayi tu yang kena tanggung kesannya. Kesian.
Uishh kesan dia boleh jadi sampai ke perangai anak.