in

“Orangnya muda lagi. Badan fit molek” – Doktor Dedah Perut Perokok Tegar ‘Busuk Macam Bangkai’, Air Najis Keluar Dari Perut

Ft Usus Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Acap kali kerajaan mahupun pihak NGO mengiklankan di kaca televisyen mahupun di papan-papan billboard bahayanya rokok kepada individu dan keluarga. Namun, masih ramai lagi yang tidak mengendahkannya dan terus-menerus menjadi seorang perokok tegar sehingga mampu menghabiskan berkotak-kotak rokok sehari.


Selagi belum jatuh sakit dan terlantar di hospital, mereka masih terus berdegil dan tidak menyedari bahaya dan kesan yang bakal dihadapi.

Sama seperti kisah ‘tragis’ yang dikongsikan oleh seorang petugas kesihatan ini di laman Facebooknya mengenai ‘kecacatan’ kekal yang terpaksa ditempuhi oleh salah seorang pesakitnya yang merupakan seorang perokok.

 

Datang hospital, mengadu sakit perut

Menerusi perkongsian yang dimuat naik itu, seorang lelaki dalam lingkungan 40-an dilaporkan telah datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan selepas mengadu sakit perut.

“Pakcik ni datang dengan sakit perut. Perut terik sangat. Tak payah tekan, sentuh sikit saja dah menggelupur.”

Lelaki berkenaan kemudiannya terus dimasukkan ke dewan bedah disebabkan pada awalnya doktor menyangkakan dia mengalami perforated appendix (apendiks pecah).

 

Bau busuk & air najis mengalir keluar

Namun, apabila dibuka sahaja perutnya, perkhabaran yang lebih buruk pula diterima setelah satu bau yang sangat busuk terus menerpa hidung. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga air najis yang mengalir keluar dari perutnya sampai ke katil.

Bila bukak je perut, astaghfirullahalazim… bau dia macam bangkai. Air najis sampai mengalir ke katil. 

Bau busuk tersebut sampai berjaya pula menarik perhatian petugas kesihatan yang berada di luar dewan bedah.

“Eh, bau apa yang busuk sangat ni? Sampai kaunter depan bau.”

 

Rupanya usus 10 meter dah pecah

Menurut petugas kesihatan itu lagi, rupa-rupanya usus pesakit tersebut pecah atau dikenali sebagai gangrene iaitu tisu mati pada anggota badan sehingga ia menjadi busuk dan rosak.

Usus yang panjang 10 meter tu rosak, hitam. Dua pertiga daripada usus kena buang. Potong sampai dekat dubur. Jahit untuk tutup lubang je. 

Usus Rosak

Tambah doktor itu lagi, semua ususnya itu tidak lagi boleh digunakan dan mereka terpaksa membuat beg stoma atau lubang di bahagian perut untuk membolehkan pesakit tersebut membuang air besar. Apa yang lebih menyedihkan, keadaan untuk membuang air besar dengan cara tersebut adalah kekal seumur hidup.

Fb Rokok 1

 

Muda lagi tapi active smoker

Orangnya muda lagi. Takde penyakit apa-apa. Badan fit molek. Satu je masalah dia. Active smoker (perokok tegar). Sehari sekotak. 

Doktor turut menjelaskan masalah tersebut berpunca daripada thrombosis di mana individu yang kuat merokok ini, darahnya akan menjadi pekat dan menyebabkan salur darah tersumbat. Kawasan yang tersumbat itu pula seterusnya akan menjadi rosak dan menjadi seperti ‘daging busuk’.

Ujarnya lagi,

Aku tak dapat bayangkan macam mana penerimaan bila dia bangun nanti.

Beringat ye gais. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah.

Baca: “Kematian Covid-19 libatkan perokok lebih tinggi” – Perokok Lebih Berisiko Terdedah Jangkitan Covid-19 Baca Rokok

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.