in

“Bahagianya dia joget” – Muat Naik Video Menari Beramai-ramai, Peguam Bainun Dikecam

Untitled Design 2022 04 18T111335.926

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes penderaan remaja OKU yang dikenali sebagai Bella yang didakwa dilakukan oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun masih dalam perbicaraan mahkamah dan setiap hari ada sahaja berita baru yang terpalit dengan kes tersebut.

Jika sebelum ini sebuah gambar dimuat naik oleh salah seorang peguam Siti Bainun menjadi tular, hari ini, sebuah video menunjukkan sekumpulan peguam itu sedang menari beramai-ramai pula tular.


https://www.tiktok.com/@hafidzahhassan/video/7071106255879818523?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370

Difahamkan, peguam yang bernama Hafidzah Hassan itu memuat naik video tersebut bulan lepas dalam laman TikTok nya dan kerana topik mengenainya serta kes remaja OKU sedang menjadi bualan dalam kalangan netizen, video mereka sedang menari beramai-ramai itu menjadi perhatian netizen.

Malah, ada individu yang memuat naik semula video tersebut di Twitter dan ia telah mengundang kecaman yang hebat daripada netizen.

Menari

Sebelum ini, peguam tersebut juga pernah memuat naik video yang mengundang kecaman netizen apabila dia mencuba untuk menjelaskan hal sebenar mengenai kes tersebut, bagaimanapun netizen menganggap video itu dimuat naik kerana peguam tersebut ‘koyak’.

Sebagai info, Siti Bainun didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Baca: Peguam Siti Bainun Didakwa ‘Koyak’, Minta Rakyat Malaysia Untuk Belajar Hormati Orang Lain Dulu

Untitled Design 2022 04 18T111046.610

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.