in

“Bagi betis nak paha” – Ini Antara Tuntutan ‘Tak Masuk Akal’ Pelarian Rohingya Daripada Kerajaan Malaysia

Feature 1 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh tentang isu orang Rohingya yang tinggal di Malaysia didakwa telah menipu tidak dapat makan selama beberapa hari namun rupanya mereka sudah mendapat bantuan. Panas betul admin kalau orang menipu ni. 


Rupanya pelarian Rohingya yang diterima oleh Malaysia ini tidak bersyukur dengan apa yang diberikan. Menurut perkongsian Muhammad Haiqal di Facebook, golongan ini ada mengemukakan beberapa tuntutan yang tidak masuk akal daripada pihak kerajaan Malaysia.

Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia (https://www.facebook.com/zafar.ahmad.92317) kepada kerajaan Malaysia….

Posted by Muhammad Haiqal on Tuesday, April 21, 2020

Antara tuntutan yang diminta ialah mereka mahukan pelarian Rohingya diberikan kebenaran untuk bekerja mengikut sektor yang sesuai dengan mereka.

Selain itu, mereka juga mahu ada insurans yang boleh melindungi mereka sepanjang mereka bekerja di negara ini. Tak adil lah macam ni sebab rakyat negara ni pun masih ada yang menganggur disebabkan peluang pekerjaan yang terhad kan. 

Pelarian Rohingya juga mahu kos perubatan di hospital awam diberikan diskaun kepada pesakit mereka.

Yang paling tak masuk akal, mereka juga tidak mahu pihak kerajaan menangkap pekerja Rohingya. Pendek kata, mereka macam mahu permit kerja yang sah.

Tuntutan tersebut telah dibuat oleh Zafar Ahmad yang merupakan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) kepada mantan Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran pada Januari lalu.

Korang boleh baca sendiri surat tuntutan tersebut.

Rohingya 1

Rohingya 2

Rohingya 3

Ada juga netizen yang mengatakan Malaysia tidak diwajibkan untuk membantu Rohingya sebab pihak kerajaan tidak pernah menandatangani The United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).

Untuk pengetahuan korang, disebabkan Malaysia bukan negara anggota Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967, negara ini tidak mengiktiraf status pelarian.

Rohingya 6

Mereka juga mahu anak-anak mereka diberikan pendidikan yang lebih baik, lapor Berita Harian.

Memang kita kena mesti tunjukkan sifat berperikemanusiaan tapi rasanya dalam keadaan penularan wabak macam ni, lebih baik kita utamakan rakyat negara ni dulu. 

 

Baca: “Kami dijual macam ikan di pasar” – Pelarian Rohingya Jadi Mangsa Rakus ‘Ejen’ Penipu Sampai Ke Tahap Dirogol & Bunuh Sesuka Hati

Featured 18 364X205 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.