in

“Badan naik merah-merah yang tinggal parut kekal” – Wanita Ceritakan Pengalaman Jadi Mangsa Dengki Orang Sebab Rajin Selfie

Santau2

Ramai yang kata salah satu cara untuk ‘kenakan’ orang adalah menggunakan gambar mangsa, jadi tidak hairanlah zaman yang semakin maju ni dijadikan platform utama untuk orang kita makin mundur.

Buktinya, mangsa buatan orang @vouzdielyez pernah alami detik hitam itu apabila dia menghidap penyakit Ain gara-gara kerap kongsikan gambar selfie di media sosial. Apa itu penyakit Ain? Ini perkongsiannya dan petanda-petanda dia tlah ‘dibuat’ orang.

 

Terkena penyakit Ain?

Teguran daripada retweet posting seorang wanita ini tujuannya adalah untuk menceritakan apa yang dia lalui. Menurutnya, dia dahulu seorang yang aktif di media sosial, sama seperti insan lain, dia rajin kongsikan gambar selfie.

Sampai lah satu hari, dia jatuh sakit, bukan sekali dua tapi kerap. Katanya sakit yang dia alami itu agak pelik sikit.

Selfie

Dalam dunia moden ni, sudah semestinya kita akan tepis cerita-cerita mistik dan tahyul ni, tapi sebenarnya kita tak perasan ada sahaja orang diluar sana mengamalkannya.

Badannya naik merah-merah sehingga meninggalkan parut kekal, dari kaki sampai ke tangan. Bimbang dengan penyakit aneh yang dilaluinya, dia terus pergi berjumpa dengan seorang ustazah untuk ‘berubat’ dan ini respon ustazah tersebut.

Selfie2

Malah, menurutnya lagi ustazah tersebut ada menyatakan pasal penyakit Ain. ini maksudnya.

Selfie3

Meneruti respon daripada netizen Asaad Azali pula, penyakit Ain ini jadi kepada dua perkara, sama ada orang memandang kita dengan pandangan yang sangat benci, ataupun dengan pandangan suka yang melebihi.

Untuk pengetahuan, penyakit Ain ini bukan dihantar oleh orang,  tapi pandangan itu menyebabkan kita sakit.

Jadi kesimpulannya, kalau kita nak post gambar, kita tak tahu pun ada orang yang dengki. Setelah apa yang wanita ini lalui baru dia faham.

Perkongsian yang melebihi 13,000  retweets ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang kata dia bitter dan ada juga yang take note dengan nasihatnya ini.

Walaubagaimanapun, tujuannya hanyalah sekadar untuk peringatan bersama.

 

Baca : Tak Puas Hati BF Tak Nak Tanggungjawab, Wanita Nekad Hantar Santau Maut Sampai Sanggup Gugurkan Janin Sendiri Tapi…

Santau