in

Babak Siri Layangan Putus Buat Ramai Buka Mata Tentang Sifat Toksik Dalam Sesebuah Perhubungan

Fi Lp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siri Indonesia Layangan Putus yang hangat ditayangkan baru-baru ini telah membuat ramai sakit hati dengan watak utama dan jalan penceritaannya. Siri yang dibintangi oleh para pelakon popular seperti Reza Rahadian, Anya Geraldine, dan Putri Marino ini bukan sahaja telah berjaya mendapat perhatian penonton tempatan Indonesia, malah penonton Malaysia!

Siapa sangka siri yang diarahkan oleh Benni Setiawan ini telah berjaya memberi impak yang besar kepada segelintir masyarakat sehingga ada yang meragui pasangan masing-masing selepas terpengaruh dengan kecurangan watak Aris yang dilakonkan oleh Reza Rahadian.


Tetapi tanpa kita sedari, siri ini telah memberi contoh sebenar situasi yang dialami dalam dunia realiti sesebuah pasangan. Di laman Twitter, tular babak pertengkaran antara Aris dan Kinan (isterinya) yang dikatakan telah menunjukkan sifat toksik ‘gaslighting’ yang ramai tak sedar sebenarnya telah berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Oleh hal yang demikian, di sini min listkan tiga sifat toksik yang menjadi red flag dalam sesebuah perhubungan.

‘Gaslighting’

Baru-baru ini, memang viral lah babak siri Layangan Putus yang dikatakan telah menunjukkan contoh sifat toksik ‘gaslighting’. Jadi apa sebenarnya maksud gaslighting ni?

Ahli psikologi menggunakan term ‘gaslighting’ untuk merujuk kepada jenis manipulasi yang spesifik di mana individu yang memanipulasi cuba untuk mempersoalkan penilaian realiti dan kewarasan seseorang. Dalam siri ini, Aris seringkali menjadi ‘gaslighter’ yang mempersoal tindakan Kinan, isterinya setiap kali mereka bertengkar.

Difahamkan, sifat toksik ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan pasangan bercinta mahupun suami isteri, malah ia juga boleh dialami oleh sesiapa sahaja dalam apa sahaja hubungan dan situasi.

Manipulatif

Manipulatif merupakan sikap pengaruh yang sangat merugikan orang lain. Seseorang yang memanipulasi orang lain akan menyerang mental dan emosi mangsa untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Mereka yang seringkali disebut sebagai manipulator akan berusaha mencipta sesuatu alasan bagi memanfaatkan mangsa untuk mendapatkan sesuatu. Ia juga boleh didefiniskan sebagai sifat toksik yang berupaya mempengaruhi emosi seseorang (mangsa) agar mereka bertindak seperti yang diinginkan oleh manipulator.

Trick yang biasa digunakan oleh para manipulator ialah dengan membuat mangsa merasa tidak rasional dan lebih cenderung untuk akur dengan apa yang mereka inginkan. Mangsa kebiasaannya akan rasa bersalah, mengeluh, berbohong, membandingkan diri dengan orang lain, menyalahkan serta memainkan fikiran diri dan orang lain.

‘Play Victim’

Individu yang suka play victim ni merupakan individu yang enggan bertanggungjawab terhadap sesuatu keadaan yang sedang mereka lalui. Sebaliknya, mereka akan menuding jari kepada orang lain untuk membuat mangsa rasa bersalah. Kadangkala, mereka juga mengabaikan peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengekalkan masalah yang dihadapi.

Tanda-tanda seseorang itu ‘play victim’ termasuk sering kasihankan diri sendiri; “Kenapa lah aku ni b*d*h sangat…”, sering buat orang serba salah; “ya lah lepas ni aku tak minta tolong kau dah…”, dan sering menjadi punca pergaduhan disebabkan ada je benda tak kena di mata mereka.

Sifat toksik ini sangat lah merbahaya bukan sahaja dalam sesebuah hubungan percintaan, malah dalam kehidupan seharian kita walau dengan sesiapa sahaja.

Jadi, korang kalau nak berkawan atau berkenalan dengan seseorang tu make sure diorang takde tiga red flags ni. Bukan itu je, korang sendiri kena reflect diri sendiri supaya korang pun takde tiga sifat toksik ni.

Baca: Parodi Siri Layangan Putus 4 Bahasa Ini Buat Ramai Tak Kering Gusi

Baca Lp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.