in

Awas! Wanita Ini Cerita Kisah Jadi Mangsa Pemandu Trak Tunda Tuang Minyak Atas Jalan Raya

C1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai pernah dengar cerita tentang pemandu trak tunda sengaja meletakkan objek tajam seperti paku dan menuang minyak di atas jalan raya. Bila mangsa dah kemalangan, eh cepat je muncul!

Malangnya, kegiatan sebegitu masih berlaku dan seorang wanita kongsi pengalaman menjadi mangsa kerja jahat itu baru-baru ini.


Ying sedang dalam perjalanan untuk ke Genting Highland sebelum secara tiba-tiba keretanya hilang kawalan menyebabkannya terlanggar penghadang jalan.

Apa yang lebih mengejutkan, sebaik sahaja kemalangan itu berlaku, dengan pantas sekali seorang pemandu trak tunda muncul seolah-olah beliau sudah dapat meramal kemalangan itu akan berlaku.

*Pasang lagu ramalanku benar belaka…Lol

C2 1
sumber: moretify

Terjemahan (dirumuskan):

“Ada sesiapa yang pernah alami kejadian sebegini? Dimana jalan raya telah dituang minyak?

Ada yang berpura-pura seolah-olah tidak bersalah dan tidak tahu menahu walhal sebenarnya mereka sendiri yang melakukan perbuatan itu semata-mata untuk memeras ugut dan meminta wang daripada mangsa.

Ramai tidak percaya kemalangan itu bukanlah salah saya memandangkan tiada bukti bahawa jalan itu sudah dituang dengan minyak sebelum insiden berlaku.

Laju mana sangat lah kereta saya kalau memandu di jalan berbukit tu?”

C4 1
sumber: moretify

Selepas kemalangan berlaku, Ying mula berasa lebih musykil dengan segala yang terjadi kerana beliau memandu dalam keadaan menaik memandangkan jalan di situ sememangnya berbukit. Secara teorinya, risiko sesebuah kereta hilang kawalan dan berpusing di kawasan berbukit agak rendah. Beliau yakin insiden itu sudah dirancang oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk dapat ‘habuan’ selepas ‘kemalangan’ berlaku.

Ying bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius tetapi keretanya rosak teruk akibat daripada melanggar penghadang jalan itu.

C3 1
sumber: moretify

Ying berkongsi cerita tentang insiden itu di media sosial. Pelbagai kesimpulan dan cerita diterima daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka.

C

Terjemahan:

“Jika awak selalu melalui jalan itu, awak perlu tahu ianya adalah ‘kerja jahat’ pemandu trak tunda itu sendiri,” kata seorang netizen

Seorang lagi pula berkata, “Terdapat satu kumpulan pemandu trak tunda yang akan menuang minyak ke atas jalan raya dengan sengaja dan menaikkan harga menunda kereta bermula dari RM3ribu hingga RM5ribu.”

 

Ada pula yang berkata jika diperhatikan dengan betul, anda akan nampak minyak itu mengalir di permukaan jalan seolah-olah ‘dicuci’ ketika waktu hujan.

Seorang netizen yang memahami nasib malang menimpa Ying malah turut berkongsi gambar ‘kemalangan’ lebih kurang sama yang pernah dialaminya sendiri.

C5 1
sumber: moretify

Menurut komen-komen yang diterima daripada netizen, kumpulan pemandu trak tunda itu semua menggunakan taktik yang sama di kawasan berlainan seperti Subang, Ulu Yam serta Lebuhraya Karak dan Genting Highlands. Siapa yang lalu jalan-jalan ni, berhati-hati!

Nampaknya, kegiatan pemandu trak tunda ini bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Jika ianya terjadi kepada anda, hubungi syarukat insurans kereta anda sendiri untuk meminta mereka menghantar trak tunda memandangkan anda mungkin akan dikenakan bayaran yang lebih tinggi untuk menunda kereta daripada penipu itu semua!

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.