in

“Awal2 rilek, last2 kena kepong” – Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Asif Cucuk Vaksin, Sampai Ramai Kena Pegang

Asif Takut Nak Cucuk Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Proses penerimaan vaksin bagi sesetengah orang mungkin mudah dan tak menyakitkan, tapi mereka yang takut jarum dan menghidapi autisme seperti Youtuber, Mohd Asyiff Suhaimi, 19, atau lebih dikenali Asif ini bukanlah satu pengalaman yang menyenangkan.



Menerusi perkongsian video di TikTok, Asif yang dilihat sedang bersedia untuk dicucuk vaksin itu nampak tenang pada awalnya.

Namun bila jururawat mula keluarkan jarum untuk dicucuk, haa Asif mula nampak tak senang duduk.

Asif Vaksin

 

Mula meronta-ronta sampai kena panggil polis  

Syahmi Sazli yang juga berada di sana bersama sepupunya, Asif cuba menenangkan keadaan tapi semuanya tak menjadi apabila Asif mula meronta-ronta sampaikan mereka perlu memanggil bantuan polis.

Namun mujurlah dengan ketangkasan jururawat di pusat vaksin tu, Asif berjaya dicucuk vaksin dan mereka semua bersorak gembira. Alhamdulillah! 

@azroyhisyam

GENG TAKUT JARUN…SAMA LA KITA SIF 😂😂 #fyp #fypシ #fypdongggggggg

♬ bunyi asal – AH – AH

 

“Ingatkan tenang jer… rupanya riuh satu kampung” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut tak dapat menahan ketawa melihat gelagat Asif dan Syahmi di pusat vaksin berkenaan.

Ramai juga samakan situasi mereka yang penakut dengan jarum itu dengan Asif dan bersyukur Youtuber itu akhirnya berjaya divaksin walaupun memerlukan bantuan dari luar.

Asif Komen Cucuk Vaksin

Syukur dah vaksin pun Asif! Korang kat luar sana pun contohilah Asif ye… 

Baca: “Aik takkan tak dapat trace lagi” – Muat Naik Video Divaksin, Netizen Tertanya-tanya Di Mana Sajat

Sajat 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.