Isu mengenai penyampai radio 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin kini dipandang serius oleh pihak pengurusan Astro Audio.
Selepas ketiga-tiga penyampai radio tersebut tampil membuat permohonan maaf, pihak Astro Audio juga ada memberikan kenyataan terbuka menerusi Facebook rasminya.
Artikel berkaitan : Didakwa Buat Aksi Tidak Sopan & Persenda Masyarakat Hindu, Penyampai Era FM Mohon Maaf
Artikel berkaitan : Keluarga Terlibat Kes Pembunuhan, Ini Sebab Kenapa Ada Orang Indo Tak Suka Dian Sastro…
Dalam kenyataan tersebut, pihak Astro Audio juga turut memohon maaf di atas rakaman video yang dianggap mempersendakan masyarakat Hindu.
“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kerana telah menyakiti hati dan mengecewakan hati pihak terlibat. Para penyampai yang terlibat mengakui kesilapan mereka dan telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.”
Dalam pada itu, Astro Audio memandang serius perkara tersebut dan membuat keputusan untuk merehatkan ketiga-tiga penyampai tersebut daripada ke udara sehingga diberitahu untuk menjalankan siasatan dalaman.
“Astro Audio komited terhadap kepercayaan para pendengar kami serta memastikan persekitaran media dihormati dan menyeluruh.
“Kami sedang mengambil langkah memperkukuh proses semakan kandungan bagi memastikan program dihasilkan mencerminkan nilai dan jangkaan audiens kami.”
Astro Audio juga menegaskan bahawa pihaknya kini sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan penuh terhadap kesemua garis panduan dan keperluan yang ditetapkan.
Sumber : Facebook