“Arwah atok jumpa aunty aku kat busut…” – Misteri Alam Bunian, Lelaki Kongsi Pengalaman Makcik Kena ‘Sorok’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Alam bunian, selagi kita tak nampak dan alami sendiri (minta dijauhkan) mesti susah kita nak percaya.

Masih ingat lagi Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, yang pernah hilang di Bukit Broga pada 2017?

Lepas seminggu hilang, pemuda itu kemudian berjaya ditemukan dalam keadaan selamat. Namun, kalau korang tonton pengalaman yang dikongsi sepanjang ‘kehilangannya’ di atas bukit itu — memang agak menyeramkan.

Itu adalah kisah daripada tuan empunya badan sendiri, yang dipanjangkan umur untuk pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat dan berpeluang untuk berkongsi pengalaman tersesat masuk ke ‘sempadan bunian’ bersama kita semua.

“Saya pusing-pusing, dok tang tu jugak…” dia kata.

Dan bukan sekali dua je kita dok dengaq benda ni berlaku. Sampai asai hilang dalam hutan ja, kita dok kata hat ni bunian punya keja la ni.

Depa ni memang betoi ada, macam Tuan Guru Dato Dr. Harun Din kata — mereka wujud dan tergolong dalam kelompok makhluk halus.

Takpa, tu pikiaq nanti.

La ni, ada satu cerita yang dikisahkan oleh seorang pengguna Twitter @AqilRasid mengenai pengalaman ahli keluarganya sendiri yang pernah disorok bunian sewaktu kecil.

Dia kata, semua ni mengarut dan tak masuk dek akal sampailah ia dialami sendiri oleh salah seorang makciknya.

Nak percaya atau tidak, terpulang. Tapi dia kata…

Menurutnya, kisah ini terjadi di belakang rumah sewaktu mereka masih di bangku persekolahan.

Dan di belakang rumah tersebut, ada satu lot tanah terbiar yang sudah dinaiki semak samun hingga kelihatan umpama hutan.

So, bila tengok makcik dia tiba-tiba ‘menghilang’ — adik-beradik yang lain pun bergegas balik rumah dan maklumkan pada arwah atuknya.

Siapa tak panik bila anak sendiri hilang kan? Cari semata pun tak guna jugak, jadi kita minta pertolongan daripada Allah Yang Kuasa, Yang Mentadbir Kerajaan Alam Langit dan Bumi — untuk memudahkan segala urusan yang mungkin tak terjangkau dek kudrat kita sebagai manusia biasa.

Dah pulun cari, tiba-tiba tau kat mana jumpa balik makcik dia ni?

Hmm, pi mana pulak dah kan? Bila ditanya, makcik dia sampai la ni masih kebingungan taktau apa dah jadi dan ke mana dia menghilang waktu tu.

Apapun, kita minta dijauhkan dan dilindungi daripada perkara-perkara begini.

Korang ada pengalaman kena ‘sorok’ ke?

 

Baca: “Orang kampung tak kena ‘kacau’ ke?” – Penemuan ‘Istana Bunian’ di Kelantan, Merungkai Misteri Lama

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.