“Orang kampung tak kena ‘kacau’ ke?”- Penemuan ‘Istana Bunian’ Di Kelantan, Merungkai Misteri Lama

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setiap negeri pasti mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Bagaimana terdirinya kerajaan dan sesuatu kota itu adalah rahsia orang-orang lama yang kekal tersemat dan terkunci dalam pegangan masing-masing.

Seperti misteri munculnya ‘Istana Bunian’ di Kg Tok Burung, Bachok Kelantan ini, namun yang peliknya penduduk kampung di sana berlagak biasa seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku?

Biasanya apabila sahaja berkata mengenai ‘bunian’ pasti akan membuatkan bulu roma tegak kepada mereka yang mendengarnya. Malah pelbagai cerita kita biasa dengar mengenai makhluk ‘bunian’ ini. Ada yang baik dan ada juga yang sebaliknya.

Namun persoalannya sekarang, benarkah wujudnya ‘Istana Bunian‘ di kampung tersebut? Bagaimana agaknya rekabentuk istana yang dikatakan bunian itu? Dan siapakah penghuninya?

 

‘Istana’ yang tak pernah siap sejak 1987

Sumber: Facebook

Untuk pengetahuan korang yang nak tengok sendiri istana ini, sebenarnya ia sudah lama berada di Kg Tok Burung, Bachok sejak tahun 1987 lagi.

Istana ini dikelilingi rumah kampung yang lain cuma yang membezakannya adalah senibina bangunan yang agak pelik, boleh dikatakan sedikit creepy dan kelihatan seperti ‘rumah tak siap’.

Korang jangan risau sebab ia bukanlah dihuni oleh bunian sebaliknya dimiliki dah dibina sendiri oleh Hashim Abd Rahman yang juga merupakan seorang tukang rumah yang terkenal dengan hasil kerja seni yang sangat teliti.

Fakta menarik mengenai rumah yang digelar ‘Istana Bunian’ ini ialah bangunan ini sudah dibina sejak tahun 1987 lagi dan sejak dari tempoh itu hingga kini ‘Istana Bunian’ tersebut masih belum siap pembinaannya 100%.

Sumber: Blog

Orang kata, sekiranya Hisham tidak berpuas hati dengan binaan pada bahagian tertantu, dia sendiri akan memecahkan bahagian terbabit dan membina semula dengan rekaan terbaru sehingga dia sendiri puas hati dengan rekaan tersebut.

 

Pemilik pernah ditawar RM1 juta oleh individu ‘rahsia’

Istana 2 tingkat ini mempunyai 7 buah kolam dengan rekaan unik, dan kalau masuk ke dalam korang akan terbayang seolah-olah berada di dalam gua dengan bermacam-macam bentuk atau ukiran pada setiap dinding.

Disebabkan keunikan dan reka bentuknya yang lain dari yang lain, ada individu yang menawarkan RM1 juta kepada Hisham dengan tujuan untuk memiliki ‘Istana Bunian’ tersebut.

Admin tau, mesti korang tertanya-tanya kan kenapa namanya ‘Istana Bunian’?

Mengikut kata pemiliknya :

Istana bermaksud besar, cantik dan indah manakala bunian bermaksud alam halus. Jadi istana bunian merupakan sebuah bangunan yang indah dengan reka bentuk ukiran yang halus”

Sumber: Blog

Idea membina istana bunia ini tercetus sejak Hasyim berumur 12 tahun lagi. Malah dia turut menimba ilmu seni daripada alam semulajadi seperti bukit bukau dan gunung ganang.

Setiap reka bentuk dalam istana tersebut diperbuat daripada simen dan diukir mengikut kreativiti Hasyim sendiri.

Sehingga kini kos pembinaan istana tersebut dikatakan mencecah RM1.5 juta.

Jadi tak adalah misteri mana, ‘Istana Bunian’ ni memang tersergam indah kat kampung tersebut.

 

Kalau korang rasa nak tengok sendiri ‘Istana Bunian’ ni macam mana, boleh datang sendiri ke Kg Tok Burung, Bachok Kelantan, rasanya kalau guna waze pun ada.

Baca : Dia bawa kawan melawat kami- Anak Kapal Kongsi Pengalaman Seram Di Sea Mirror

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.