in

Artis Tersenarai ‘Individu Berjaya Di Malaysia 2021’, Firdaus Wong Dedah Kena Beli Beratus Buku Untuk Masuk Nama?

Ensiklopedia Orang Berjaya Di Malaysia Firdaus Wong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon terkenal, Che Puan Juliana Evans memberitahu bahawa namanya telah disenaraikan dalam buku ensiklopedia Britishpedia sebagai antara ‘Individu Berjaya di Malaysia 2021’ oleh British Publishing House.


Perkara tersebut menurutnya, merupakan satu pencapaian yang terbaik sepanjang tahun 2021 dan dia amat berterima kasih kepada Britishpedia kerana menyenaraikan namanya.

 

“Penerbit ‘mencadangkan’ kami membeli beberapa ratus naskah” 

Pun begitu, pendakwah terkenal, Firdaus Wong menerusi satu posting di Instagram mendedahkan yang dia juga pernah diberikan peluang untuk disenaraikan dalam buku ensiklopedia tersebut, namun terpaksa menolak atas beberapa sebab.

Antaranya adalah kerana pihak penerbit telah ‘mencadangkan’ supaya beliau membeli beberapa ratus naskah ensiklopedia itu untuk namanya disenaraikan di dalam buku tersebut.

Saya kurang pasti adakah ‘cadangan’ yang sama ‘dicadangkan’ kepada orang lain.

Lagipun saya tidak merasakan saya berjaya lagi & tidak layak mendapat apa-apa pengiktirafan. Plus, gelaran atau anugerah bukan apa yang saya mahukan dalam berdakwah.

“Kalau ada yang memilih, Alhamdulilah. Kalau tak dapat pun Alhamdulilah.

Kejayaan bagi diri saya adalah apabila saya berjaya mentaati perintah Allah & RasulNya,” tulisnya.

 

“More to sponsorship award rasanya” 

Posting tersebut mendapat pelbagai pandangan daripada netizen yang mana ada di antaranya berpendapat buku tersebut lebih menjurus kepada ‘sponsorship award’.

Ini bermaksud penerima harus membayar atau membeli dalam amaun tertentu supaya mereka boleh menerima ‘anugerah’ atau nama tersenarai dalam buku berkenaan.

Sponsorship Awards

Apa-apapun admin tetap ucapkan tahniah bagi mereka yang dah tersenarai namanya dalam buku ensiklopedia itu. Sedikit sebanyak pasti terinspirasi dan akan terus mencapai kejayaan di masa hadapan. 

Baca: Tular Gambar Penyokong Bola Duduk Rapat Dalam Stadium, Firdaus Wong Harap Saf di Masjid Pula Dirapatkan

Wong

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.