in

“Arah mangsa lelaki bogel, tumbuk sampai lebam” – 2 Anggota Polis Cabul & Peras Ugut Pasangan Kekasih Tak Mengaku Bersalah

Polis 3

Anggota polis yang ditahan atas dakwaan mencabul dan peras ugut pasangan kekasih telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kota Bharu hari ini.

Mereka didakwa atas 8 pertuduhan melakukkan perbuatan terkutuk itu di Pengkalan Chepa pada awal bulan ini.

 

Tak mengaku bersalah

Kedua-dua tertuduh, Mohd. Hanafi Mohd. Zaki, 35, dan Mohammad Izauddin Abd. Wahab, 30, didakwa secara bersama-sama bagi tiga pertuduhan.

Bagi lima lagi pertuduhan, Mohd. Hanafi didakwa secara berasingan sebanyak dua pertuduhan manakala Mohammad Izaudin tiga pertuduhan.

Bagaimanapun, mereka berdua mengaku tidak bersalah atas kelapan-lapan pertuduhan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Lapor Kosmo!

 

Perutuduhan bersama

Eplipa3Uuaaatzt

Pertuduhan pertama, mereka di dakwa mengarahkan seorang lelaki berusia 30 tahun melakukan kelucahan melampau terhadap wanita berusia 30 tahun.

Ia berlaku di sebuah kawasan kilang terbiar di Padang Tembak, Pengkalan Chepa kira-kira pukul 10.45 malam hingga 12 tengah malam pada 4 Disember.

Untuk pertuduhan kedua dan ketiga, mereka didakwa menyuruh mangsa wanita melakukan seks oral kepada pasangannya. Malah ada peras ugut wang sebanyak RM1,250 jika tidak mahu hal ini sampai ke pejabat agama.

Bagi ketiga -tiga pertuduhan itu, Mohd. Hanafi dan Mohammad Izaudin didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan dengan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

 

Pertuduhan berasingan bagi Mohd Hanafi

Whatsapp Image 2020 12 14 At 14.47.47 E1607930249216

Dia didakwa mencabut mangsa wanita dan mengarahkan mangsa lelaki menanggalkan pakaian sehingga bogel dengan bertujuan mengaibkan mangsa. Perbuatan itu dilakukan olehnya di dalam sebuah kereta jenis Honda Civic.

Bagi kedua-dua pertuduhan ini, Mohd Hanafi akan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

 

Pertuduhan berasingan Mohammad Izauddin

Mohammad Izauddin pula akan didawa atas kesalahan mencederakan mangsa lelaki dengan menumbuk belakang telinga kiri sehingga lebam.

Dia juga menyuruh mangsa wanita menanggalkan pakaian hingga bogel dengan niat untuk mengaibkan kehormatan dan melakukan persetubuhan luar tabie dengan mangsa wanita.

Atas kesalahan ini, dia akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azlinawati Mohd. Arshad manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam, Mohd. Firdaus Zainal Abidin dan Majdah Mohamad.

Jaminan RM20,000 kepada Mohd. Hanafi dan RM30,000 kepada Mohammad Izauddin masing-masing dengan empat penjamin bagi kesemua pertuduhan oleh mahkamah namun  tertuduh tidak membayarnya dan sebulan semula kes akan dilakukan pada  17 Januari depan.

 

Baca : Lepas ‘Pow ‘RM1,250, Polis Cabul & Paksa Pasangan Kekasih Lakukan Seks Sambil Diaorang Rakam

Gari 1

Sumber: Twitter
Sumber: Kosmo!