in

“Apa sumbangan kau kat negara ni?” – Melampau! Persatuan Seniman Cadang Nak Minta Kerajaan Bagi 1k Setiap Bulan?

Collage 72

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, ramai selebriti yang buka mulut lepas kerajaan umumkan yang dorang akan keluarkan RM250 bilion untuk Pakej Rangsangan Ekonomi dengan tujuan untuk membantu rakyat lebih-lebih lagi yang terkesan gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.


Kebanyakan dari selebriti yang buka mulut ni, dorang mahukan kerajaan memberi bantuan khas untuk para artis yang perlu menangguhkan job akibat wabak Covid-19 ni.

Ekoran dari ini, ramai netizen yang tak puas hati, kerana pada mereka, kalau ada pun selebriti atau artis yang “kais pagi makan pagi” ni, boleh je mohon bantuan yang dah ditetapkan macam orang lain.

Cover Black Hanifah

Baru-baru ni, seorang tweetfamous yang dikenali sebagai Alan (@IniAlannn) telah mendedahkan, rupa-rupanya Persatuan Seniman ada keluarkan cadangan kepada kerajaan tentang bantuan apa yang patut diterima oleh penggiat seni ini beberapa hari sebelum Pakej Rangsangan Ekonomi diumumkan. Permintaan dorang ni memang tak masuk akal langsung!

Ini adalah antara permintaan Persatuan Seniman Malaysia:

  1. Pemberian E-wallet atau tunai sebanyak RM500-1k untuk membeli beras, air dan keperluan asas semasa PKP

  2. Baucer Pasaraya seperti Tesco, Giant, Mydin etc. untuk beli barang keperluan asas dan diri

  3. Pemeriksaan Covid-19 PERCUMA di hospital kerajaan dan swasta

  4. Bantuan khas RM1k SETIAP BULAN selama 6 BULAN

Okay, first of all, berapa ringgit sangatlah kena spend untuk buat pemeriksaan Covid-19 dekat hospital kerajaan? Takkan itu pun nak free kot?

Secondly, ramai lagi orang lain yang terkesan dengan PKP ni dan kalau ada penggiat seni yang terkesan, boleh je mintak bantuan macam rakyat lain.

Thirdly, frontliners pun tak minta bantuan-bantuan macam ni walaupun dorang bergadai nyawa nak selamatkan orang-orang yang kena jangkitan ni.

Ramai netizen yang tunjukkan rasa menyampah dengan permintaan melampau oleh Persatuan Seniman Malaysia ni dan bersyukur kerajaan tak luluskan cadangan-cadangan ni.

Screenshot 2020 03 30 At 2.21.17 PmScreenshot 2020 03 30 At 2.21.45 Pm Down

Korang boleh tengok sendiri permintaan penuh dorang kat bawah ni:

Eusm9Dnu0Aatmaw Side

Apa pendapat korang?

 

Baca: “Mohon PM jangan layan” – Warganet Dedah Bayaran Artis/Influencer Malaysia Yang Ramai Tak Tahu!

Featured 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.