in

“Alasan sampah nak pecat orang” – Kena Buang Kerja Gara-gara Hantar Emoji “OK” Pada Boss

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang memang ramai orang suka reply mesej dengan emoji. Kadang-kadang, emoji ni boleh jadi penanda nada yang kita cuba sampaikan pada penerima. Tapi, siapa sangka penggunaan emoji ni boleh buat sampai kita hilang kerja?


Macam yang berlaku pada pekerja dari China selatan ini. Dia telah dipecat gara-gara reply mesej boss dengan emoji OK dalam group chat. Seriouslahhh

Menurut Daily Mail, wanita yang bekerja di salah sebuah bar di Changsa, Hunan ini diminta menyusun dokumen untuk dihantar pada bossnya dalam group chat di WeChat.

Selepas menerima arahan tersebut dari majikannya, wanita ini telah menghantar emoji ‘OK’, tapi tanpa diduga, wanita ini dituduh ‘tak ada disiplin’ oleh bossnya.

Ok Hand Sign Emoji Grande

Awak patut tulis ‘terima’ lepas dapat mesej saya. Ini cara awak terima arahan ke?”

Nak dijadikan cerita, lepas kena marah dengan boss dia sebab hantar emoji tu, wanita ini diminta untuk menghubungi HR bagi ‘menyelesaikan’ surat berhenti kerja.

Menurut media tempatan, wanita yang namanya dirahsiakan ini memberitahu perletakan jawatannya sedang dalam proses.

“Saya dah bekerja selama bertahun-tahun dan ini pertama kali saya kena hadap situasi bodoh macam ni.” 

“Saya bukan orang yang cepat marah. Sebab tu, saya tak marah pun masa saya kena ‘sound’ dengan dia. Semua kawan-kawan kerja saya setuju yang boss saya dah melampau.”

Selepas insiden ini, pengurus bar tersebut telah menghantar mesej di group chat, meminta agar pekerjanya perlu reply ‘roger’ sebagai tanda arahan diterima.

Screenshot, perbualan mereka telah tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen dari seluruh dunia.

Screenshot 2019 06 20 At 10.32.50 Am Screenshot 2019 06 20 At 10.33.11 Am Screenshot 2019 06 20 At 10.33.34 Am

Kalau benda kecik macam ni sampai nak kena pecat memang melampaulah. Ni memang sengajalah ni nak kenakan orang.

 

Baca: Tak Puas Hati Dibuang Kerja, Bekas Polis Jadi Ketua Geng Kongsi Gelap ‘Abang Long Balang’

Screenshot 2019 06 20 At 10.44.43 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.