in

“Apa pilihan yang kami ada?” – Tidak Digalakkan Pakai Topeng Muka DIY, Ini Reaksi Netizen

Feature 1.1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan kes Covid-19 yang semakin menunjukkan peningkatan di Malaysia, stok topeng muka di farmasi pun semakin berkurangan. Malah, banyak farmasi pun tiada stok topeng muka langsung.


Namun, disebabkan ramai rakyat Malaysia yang masih perlu bekerja, ramai yang cuba membuat sendiri topeng muka dengan cara DIY. Kreatif jugak diorang ni.  

Rata-rata mereka cuba menjahit sendiri topeng muka yang dibuat dengan kain.

Namun, menurut Facebook Public Health Malaysia, penggunaan topeng muka DIY ini tidak begitu digalakkan sebab kajian mendapati bahawa topeng jenis ini tidak dapat melindungi pengguna daripada jangkitan malah meningkatkan lagi risiko jika tidak dipakai dengan betul.

Topeng

Jika terpaksa juga pakai topeng jenis ini, pengguna mesti membasuh dan menjemur topeng tersebut sebelum dipakai semula. Lagi bagus kalau rendam dalam Dettol atau air panas. 

Selain itu, topeng ini juga tidak boleh dipakai lebih dari tiga jam.

Namun, walaupun pemakaian topeng muka DIY ini tidak begitu digalakkan, perkara ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengatakan mereka bukannya suka-suka nak pakai topeng jenis ini. Betul jugak tu.

Topeng 2

Topeng 3

Ada juga yang berpendapat tabiat mencuci tangan dengan lebih kerap adalah lebih penting daripada pemakaian topeng muka.

Admin pun tak boleh nak pakai mask sebab nak bila nak beli je, stok habis.  Rasanya, boleh je kot pakai topeng muka DIY tapi korang kena sentiasa cuci sebelum dipakai semula.

 

Baca: “Pakai Bra Pun Boleh” – Wanita Jepun Ini Kongsi Cara Buat Topeng Muka Dengan Hanya Tiga Langkah Mudah 

Topeng

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.