in

“Apa perasaan mak bapak dorang?” – Bengang Kena Marah Sebab Ponteng Sekolah, Budak 14 Tahun & BF Bunuh Abang Sendiri

Collage 17

Mengejutkan! Selalunya berita macam ni berlaku dekat luar negara. Tapi, kali ni ia berlaku di negara kita, lebih tepat lagi dekat Taiping. Lebih mengejutkan, semua yang terlibat dalam kes ni masih sekolah lagi!

Menurut WORLD OF BUZZ, pihak polis telah menahan budak perempuan berusia 14 tahun dan teman lelakinya kerana disyaki membunuh abangnya di kawasan Kamunting.

384308
Sumber: sinar harian

Ketua polis Taiping, Osman Mamat berkata, remaja ini dan teman lelakinya yang berusia 15 tahun telah ditahan pada hari Ahad lepas dan akan ditahan reman selama enam hari bermula hari ini.

Kalau korang nak tahu, mangsa telah dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas dan pada hari Ahad, mayat mangsa telah ditemui ditutup dengan plastik di rumah kosong sebelah mereka di Taman Glenview pada pukul 12.20am.

14Yo Girl And Teenage Boyfriend From Taiping Under Arrest For Alleged Murder Of Her 16Yo Brother World Of Buzz 2
Sumber: sinchew

Osman juga mengatakan dua tertuduh ni dah pun mengaku yang dorang bunuh abang remaja perempuan tersebut yang baru saja berusia 16 tahun. Dorang dikatakan telah menutup kepala mangsa menggunakan plastik sebelum mengelar leher dan lengannya menggunakan pisau yang kemudiannya dibuang di belakang rumah kosong tersebutAllahu, abang sendiri kot!

14Yo Girl And Teenage Boyfriend From Taiping Under Arrest For Alleged Murder Of Her 16Yo Brother World Of Buzz
Sumber: sinchew

Siasatan awal mendapati mangsa, adik perempuan dan teman lelakinya telah bergaduh selepas mangsa menemui telefon bimbit teman lelakinya di rumah mereka.

“Dipercayai, budak perempuan ini telah membawa teman lelakinya ke rumah pada hari insiden ini berlaku tapi kedua mereka keluar dari rumah dengan cepat selepas mangsa pulang ke rumah. 

“Apabila mangsa menemui telefon bimbit milik teman lelaki adiknya, dia menyuruh lelaki tersebut untuk mengambil sendiri telefon tersebut dan pergaduhan telah berlaku sehingga berakhir dengan pembunuhan.”

Menurut Osman, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat.

Macam mana budak-budak ni sampai boleh terfikir nak bunuh abang sendiri?

 

Baca: “Diorang buang mayat abang aku dalam lombong” – Bunuh Semata-Mata Nak Curi Handphone & Dompet

Screenshot 2019 07 08 At 3.50.34 Pm