in

“Apa motif dia?” – Bilal Masjid Popular Di London Kena Tikam Masa Tengah Laung Azan Asar

Collage 51

Bilal Central Mosque, salah satu masjid popular di kota London telah ditikam semasa dia sedang melaungkan azan Asar semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Rafat Maqlad yang berusia 69 tahun ini kemudiaannya terus dikejarkan ke hospital dan pihak polis mengesahkan yang keadaan bilal ini stabil.

Menurut BBC, suspek berusia 29 tahun ini telah pun ditahan atas tuduhan “cubaan untuk melakukan pembunuhan” namun menganggap insiden ini bukan serangan pengganas.

0 Knifeman Runs Into Regents Park Mosque And Stabs Man Doing Call To Prayer In Neck

Beberapa saksi mengatakan, bilal ini telah ditikam di bahagian leher dan suspek yang menikamnya ini dikatakan sering datang ke masjid tersebut sejak enam bulan lalu.

Apa yang mengejutkan, lelaki ini berani melakukan perkara ini walaupun terdapat lebih kurang 100 orang di dalam masjid ketika insiden ini berlaku.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson telah memuat naik status di Twitter meluahkan kekesalan atas insiden yang berlaku ini.

Kejadian seperti ini tak patut berlaku, lagi-lagi di tempat beribadah. Doa saya untuk semua orang yang terkesan dengan insiden ini.”

Pengurus Dewan Muslim Inggeris turut menyuarakan rasa bimbangnya apatah lagi sejak akhir-akhir ini banyak serangan yang berlaku terhadap orang-orang Islam di seluruh dunia.

Rabu lalu, baru saja berlaku tembakan rambang oleh ekstremis di Hanau, Jerman yang mengorbankan seramai sembilan orang pendatang asing, lima darinya adalah dari Turki.

 

Baca: “Biadap mainkan rumah Allah!” – Geng Makcik Diherdik Netizen Gara-gara ‘Goyang Pinggul’ Dalam Masjid

Screenshot 2020 02 21 At 2.34.02 Pm