in

“Apa la susah sangat book grab lepas mabuk” – Driver Sarankan Pemabuk Untuk Book Grab Kalau Tak Larat Nak Drive

grab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dengan pengguna jalan raya yang lain sehingga mengakibatkan maut. Apa yang membuat masyarakat tak puas hati, pemandu mabuk kebanyakannya selamat manakala mangsa yang dilanggar mengalami kecedaraan yang parah, ada juga yang sampai meninggal dunia.

Dalam pada itu, seorang lelaki yang dipercayai merupakan seorang pemandu Grab menyuarakan pendapatnya di Twitter supaya orang yang mabuk ini jangan memandu kereta dan menyarankan mereka yang mabuk ni book Grab untuk mengelakkan kemalangan.


mabuk 2

Driver ini juga ada kongsi beberapa gambar dimana dia telah membawa beberapa penumpang yang mabuk, sampai bagi ‘pinjam’ bahu lagi supaya penumpangnya tu dapat sandar kepala.

“Aku sebagai Grab driver rileks je siap bagi pinjam bahu lagi untuk customer mabuk sandar kepala” 

m1

m4

Setiap individu mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang termasuklah orang yang membuat pilihan untuk minum minuman keras

Namun, sudah jelas kesan daripada minum minuman beralkohol akan mengakibatkan peminum akan mabuk dan tidak dapat mengawal apa-apa tindakan yang dilakukan.

Book je Grab atau teksi, kan senang. 

“Dah tahu mabuk, takyah susah-susah drive. Kalau takde duit untuk Grab, takyah lah mabuk”

Driver ni pun ada bagi tau penumpang yang naik keretanya siap tinggalkan bekas minuman yang penumpangnya tinggalkan, lepastu dia buanglah bekas minuman tu.

mabuk 4

Katanya, ‘Deadpool’ dengan ‘Maleficient’ yang ada kuasa pun tak berani nak drive lepas mabuk.

mabuk 3

So, janganlah drive kereta dalam keadaan mabuk sebab boleh mengakibatkan kemalangan yang melibatkan nyawa diri sendiri dan orang lain. 

Baca : KES PEMANDU MABUK: DBKL Beku Semua Permohonan Lesen Minuman Keras Serta-Merta

mabuk

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.