in

KES PEMANDU MABUK: DBKL Beku Semua Permohonan Lesen Minuman Keras Serta-Merta

Lesen Arak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa minggu lepas, dah banyak kes pemandu mabuk terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian orang awam. Paling baru, semalam seorang rider FoodPanda berusia 44 tahun maut selepas dilanggar pemandu mabuk.


Ramai rakyat menyatakan sokongan masing-masing bahawa pemandu mabuk harus dikenakan hukuman berat dan di media sosial juga kini sedang trending dengan topik hangat ini di mana hashtag #PemanduMabukMembunuh digunakan.

Rider7

Rider5

Hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan kenyataan bahawa semua permohonan baru lesen minuman keras di ibu negara akan dibekukan, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Harian Metro, menerusi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja, DBKL memaklumkan akan mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana peniaga yang ingkar.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen.”

Arak1

Melalui Twitter semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa juga memberi bayangan akan membekukan segala aktiviti membabitkan pengeluaran serta penjualan arak. Ia adalah berikutan kes kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk dan menyebabkan mangsa maut dilihat semakin kerap berlaku.

Katanya,  tindakan pembekuan wajar diambil selagi tiada garis panduan dan semakan perundangan dibuat dalam isu terbabit.

Sehingga hari ni, kes kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk telah dilaporkan berlaku sebanyak 3 kali dalam tempoh seminggu iaitu pada minggu lepas. Dua daripada kes tersebut telah menyebabkan kematian.

Apa pendapat korang? Setuju dengan keputusan ni? 

Baca: “Baru lepas hantar makanan dkt customer” – Abang Rider FoodPanda Terbunuh, Dilanggar Pemandu Mabuk Umur 21 Tahun

Rider Foodpanda

Sumber: Facebook
Sumber: China Press

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.