in

“Anwar rakus, gila kuasa & nak raih publisiti murahan”- Setiausaha Agung BN, Bersatu, PAS, GPS, PBS dan STAR

Feat 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada membuat sidang media tergempar yang menyatakan beliau kini telah meraih sokongan majoriti untuk meletakkannya sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia.


Susulan itu ramai yang mengeluarkan kenyataan menepis dakwaan beliau.

Terbaru semua gabungan yang bekerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menyangkal kenyataan yang dikeluarkan Anwar itu, lapor Harian Metro.

 

Anwar rakus, gila kuasa…

20200923Az4

Menerusi kenyataan bersama enam setiausaha agung iaitu Barisan Nasional (Tan Sri Annuar Musa), Bersatu (Datuk Seri Hamzah Zainuddin), PAS (Datuk Takiyuddin Hassan), GPS (Datuk Alexander Nanta Linggi), PBS (Datuk Jahid Jahim) dan STAR (Guan Dee Kohoi), mereka berkata…

Kenyataan Anwar itu tidak lebih sebagai ulangan hanya untuk meraih publisiti murahan seperti yang pernah berkali-kali dilakukan sebelum ini.

“Tindakan terbaru beliau (Anwar) ini juga menyerlahkan sikap rakus dan gila kuasa yang ternyata sama sekali tidak mempedulikan soal kestabilan politik dan ekonomi negara serta nasib rakyat yang terjejas teruk akibat Covid-19.”

Malah dalam kenyataan itu turut menyatakan sokongan dan akan berdiri teguh dibelakang kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini.

 

Sama-sama kita nantikan yer, semoga Malaysia aman…

Baca : Saya Perdana Menteri yang sah sehingga Anwar buktikan sebaliknya; PM

Anwar Muhyiddin

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.