in

Anwar Bakal Bebas 8 Jun Ini, Mahathir Diumum Calon Perdana Menteri Malaysia

Anwar Ibrahim Will Be Released From Prison Early On 8Th June 2018 World Of Buzz 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang sering mengambil tahu isu politik semasa negara, sudah pasti berita yang satu ini bakal menggemparkan anda. Menurut Berita Harian, Jabatan Penjara Malaysia telah mengesahkan bahawa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dibebaskan pada 8 Jun 2018 iaitu dua hari awal daripada tarikh yang sepatutnya. 

Anwar Ibrahim Will Be Released From Prison Early On 8Th June 2018 World Of Buzz 2
sumber: wob

Ketua pembangkang tersebut yang didapati bersalah atas pertuduhan meliwat dan dihukum penjara lima tahun bermula 10 Februari 2015 lalu, kini dilaporkan akan dibebaskan pada 8 Jun tahun ini. Dalam satu kenyataan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata,


“Akta dan Peraturan tersebut memberikan 1/3 remitan daripada hukuman kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan. Berdasarkan pengiraan dengan remitan itu, tarikh pembebasan Anwar adalah pada 10 Jun 2018.”

Anwar Ibrahim Will Be Released From Prison Early On 8Th June 2018 World Of Buzz 3
sumber: wob

Walau bagaimanapun, jika tarikh pelepasan banduan jatuh pada hujung minggu atau cuti umum, banduan hendaklah dilepaskan sehari awal daripada sebelumnya. Oleh itu, disebabkan 9 dan 10 Jun jatuh pada hari Sabtu dan Ahad, Anwar bakal dibebaskan pada 8 haribulan iaitu pada hari Jumaat.

“Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, Jabatan Penjara Malaysia dan Penjara Sungai Buloh tidak menerima apa-apa waran atau perintah dari mana-mana pihak berkuasa mengarahkan hukuman terhadap Anwar dipinda. 

“Tarikh pembebasan Anwar pada 8 Jun juga tiada sebarang kaitan dengan pelaksanaan Sistem Parol atau apa-apa perintah dari Lembaga Pengampunan,” tambahnya lagi.

Apa yang lebih mendebarkan, berita pengumuman pembebasan Anwar ini muncul pada hari yang sama ketika Pakatan HARAPAN mengumumkan pencalonan Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai calon Perdana Menteri yang ke-7. Manakala Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula dilantik sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Tun Mahathir jadi calon Perdana Menteri? Apa pendapat anda? Jom komen di bawah!

Baca: “Saya tidak lagi layak menggunakannya,” – Dr. Mahathir, Isteri Rela Hati Pulangkan Darjah Kebesaran

Drm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.