Macam yang korang tahu, drama bertajuk ‘Perempuan Itu’ yang dijangka akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini telah menjadi buah mulut ramai orang gara-gara adegan panas yang dimuat naik oleh pelakon utamanya Zul Ariffin.
Ekoran ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa telah meminta agar pihak produksi drama ini memberikan laporan bertulis mengenai insiden tersebut.
Menurutnya, sekiranya laporan yang diberikan tidak munasabah, kerajaan tidak akan membenarkan tayangan drama ini diteruskan, lapor Kosmo.
Kita sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara berkenaan. Mereka juga telah diberikan masa yang cukup untuk menyediakan laporan tersebut.
Sekiranya laporan itu tidak memuaskan, kita tidak benarkan stesen televisyen menyiarkan tayangan drama tersebut.”
Menteri ini telah menasihati semua stesen televisyen untuk menghormati bulan Ramadan dengan tidak menyiarkan kandungan yang kurang sesuai ditayangkan pada bulan yang mulia ini.
Untuk pengetahuan korang, Zul Ariffin sebentar tadi telah pun membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya memuat naik video tersebut di Instagram peribadinya dengan mengatakan dia mengambil maklum semua respon yang diterimanya.
Manakala Umie Aida yang juga merupakan adik kepada pengarah drama ini Erma Fatima mengatakan pihak bertanggungjawab memuat naik babak panas tersebut telah melakukan perkara tersebut tanpa keizinan dari pihak produksi.
Kita tunggu dan lihat je lah apa yang jadi lepas ni…
Baca: “Saya ambil maklum semua respons” – Zul Ariffin Mohon Maaf Upload Video Aksi Berahi