Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan nasib malang seekor anjing yang dirogol secara bergilir-gilir dan ditikam sebanyak 30 kali oleh sekumpulan lelaki.
Anjing malang ini ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh orang awam di pinggir jalan. Semasa ditemui, anjing ini dilihat berada dalam keadaan yang sangat lemah dan berlumuran dengan darah.
Malah, beberapa kesan luka juga ditemui pada badan haiwan malang ini, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang sama. Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah jalan di Kolombia.
“Anjing itu ditikam beberapa kali dan dirogol. Disebabkan anjing tersebut melawan dan tidak membenarkan perbuatan itu, mereka menikam dia”, ujar salah seorang penduduk di situ.
Selepas dibawa oleh orang awam ke vet untuk rawatan susulan, mereka mendapati kemaluan anjing itu hampir hancur selepas ditumbuk dan ditikam sebanyak 30 kali.
Bagaimanapun, anjing malang ini tidak bertahan lama selepas luka yang dialaminya terlalu dalam dan teruk. Menurut laporan, anjing itu baru sahaja melahirkan anaknya sebelum dirogol dan ditikam.
Sumber: DailyStar
BACA: Anjing Menangis Lepas Dipaksa Makan Cili Demi ‘Content’ Video Tuan