in

Angkara Cemburu, Remaja 17 Tahun Ditahan Polis Disyaki Bunuh & Buang Rakan Dalam Parit

Remaja 17 Tahun Bunuh Rakan Buang Dalam Parit

Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan polis selepas disyaki membunuh rakannya yang dikatakan mengganggu teman wanita suspek.

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa dikenal pasti sebagai lelaki berusia 21 tahun yang mayatnya ditemui pada 24 Ogos lalu.

Hasil soal siasat mendapati suspek dipercayai membunuh mangsa pada 20 Ogos lalu sebelum membuang mayatnya di sebuah parit dekat Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Bagan Datuk.

Difahamkan, suspek dan mangsa adalah rakan serta jiran yang tinggal di kawasan perumahan yang sama di Teluk Intan.

28823Polis1 1693214513

“Punca bunuh disebabkan suspek berasa cemburu kepada si mati kerana mengganggu teman wanitanya yang berusia 20 tahun,” katanya.

Terdahulu, satu mayat tanpa identiti yang sudah mereput ditemukan orang awam di dalam parit ladang kelapa sawit dengan kesan kelar di leher serta luka di bahagian tangan dan kaki mangsa.

Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia akibat tetakan di kepala dan leher.

Beliau berkata polis berjaya menyelesaikan kes itu dalam tempoh 48 jam dan suspek ditahan pada 26 Ogos di Hutan Melintang.

Suspek telah direman selama seminggu dari tarikh tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, pihak polis turut menafikan mesej berantai yang tular di aplikasi WhatsApp yang mendakwa terdapat dua mangsa bunuh.

Baca: “Dah tak suka dia” – Selamba Bagi Alasan Ni, Dua Gadis Sempat Kira ‘1,2,3’ Sebelum Bunuh Kawan Sendiri
Collage 11