in

“Anak saya perlukan handphone buat sekolah” – [Video] Lelaki pecah Tabung Masjid, Tinggalkan Sepucuk Surat

Ft Pecah Tabung Masjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu rakaman video CCTV memperlihatkan seorang lelaki mencuri wang dari tabung masjid tular di negara seberang. Video itu tular menerusi satu laman Instagram @shollataufiq.

Menerusi Tribun, kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah Masjid di Desa Demangan yang terletak di Jawa Tengah.


 

Janji nak pulangkan dalam masa setahun

Dalam rakaman video tersebut dilihat, selepas lelaki itu selesai mencuri wang, dia meletakkan sepucuk surat, dalam surat tersebut dia memberitahu alasan dia bertindak sedemikian.

Katanya, ia kerana atas faktor ekonomi dan terdesak nak gunakan wang itu untuk membelikan handphone buat anaknya yang bersekolah.

https://www.instagram.com/p/CXi4ZRxplkX/

Bagaimanapun, dalam surat tersebut dia berjanji akan pulangkan semula dalam masa setahun sebab pencuri tersebut tidak bekerja.

268494255 626752001976511 1295156025356829448 N

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Penolong Pesuruhjaya Polis, M Fachrur Rozi menyatakan bahawa kejadian ini berlaku dalam 2 minggu lepas (16/12/2021) dan jumlah kecurian itu bernilai Rp 150 ribu (RM 44.06).

Bagaimanapaun pihak polis akan melakukan siasatan terhadap kes tersebut, malah dia juga berpesan agar tidak melakukan sebarang spekulasi kerana identiti dan kesahihan kisahnya masih belum dikenalpasti.

 

Baca : Ditahan Pecah Tabung Masjid, Wanita Mengaku Buat Beli Makanan & Topup

Ft Wanita Pecah Tabung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.