Pagi ini, dua suspek kes bunuh pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, tiba di Mahkamah Jitra bagi mengikuti pertuduhan terhadap mereka.
Kedua-dua suspek yang berusia 26 dan 38 tahun itu dilihat tiba sekitar jam 8.15 pagi dengan memakai penutup muka dan dikawal ketat oleh anggota polis.
Artikel berkaitan: “Jasad ayah belum ditemui” – Individu Kongsi Kes Pembunuhan Sabari Sama Seperti Kes Ayahnya
Artikel berkaitan: Suspek Kes B*nuh Sabari Baharom Ketagih Judi, Joli RM16,000 Milik Mangsa Di Batam
Anak Sabari menangis lihat suspek di mahkamah
Turut hadir mengikuti proses pendakwaan tersebut adalah anak mangsa, Suraiya Izzati, 29 dan abang mangsa, Ismail Baharom, 69.
Menurut Harian Metro, anak sulung Sabari, Suraiya yang menunggu di pintu masuk kelihatan hiba dan menitiskan air mata ketika dua suspek dibawa masuk ke dalam bangunan mahkamah.
Dua suspek berkenaan dijangka berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Semalam, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh mengesahkan pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kes bunuh Sabari dan dokumen itu sudah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN), Datuk Khairul Anuar Abdul Halim pada Isnin lalu.
Terdahulu, dua suspek tersebut telah direman selama seminggu dari 11 hingga 17 Oktober lalu di Mahkamah Majistret Sungai Petani.
Semoga anak-anak mangsa tabah dengan dugaan ini.
Sumber: Harian Metro