in

“Anak pun tak kenal ibu bapa” – Ahli GISBH Hanya Kenal 2 Daripada 34 Orang Anak

Gisbh Tak Kenal Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam sidang media khas hari ini mendedahkan sesuatu yang mengejutkan apabila terdapat ahli GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) yang berkahwin empat serta memiliki 34 orang anak, namun hanya mengenali dua orang daripadanya.

Hasil siasatan PDRM setakat ini mendapati, ahli tersebut adalah yang memiliki paling ramai anak dalam kalangan ahli GISBH lain.


Razaruddin Ketua Polis Negara

Dia (ahli GISBH) kahwin ikut agama, dah mengandung baru dia daftar secara rasmi di pejabat agama. Jadi anak ini bila dah lahir dia memang bin dan binti Abdullah.

“Tapi anak ini bukan tidak sah taraf, kalau betul ikut agama anak ini statusnya sah,” katanya.

Artikel berkaitan: “Musuh-musuh kau tunggu di akhirat” – Pengikut GISBH Tinggalkan Nota Sebelum ‘Cabut Lari’

Artikel berkaitan: Sultan Selangor Titah Semua Rumah Amal Dan Sekolah Islam Bawah GISBH Ditutup Secepatnya

Dalam pada itu, Razarudin juga berkata, kebanyakan ahli-ahli organisasi itu sudah dilatih untuk tidak mendedahkan anak-anak mereka sebaliknya mengatakan kanak-kanak itu anak yatim piatu.

“Anak-anak itu pun kalau kita tanya, dia kata tak kenal ibu bapa masing-masing. Seolah-olah mereka anak yatim,” jelasnya lagi.

Allahu kesian pulak kalau betul ini terjadi… 

Sumber: Kosmo

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.