in

Anak Penoreh Getah Dari Kuala Pilah Cipta Sejarah di Universiti Michigan, Amerika Syarikat

Azrul 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun bergelar anak penoreh getah, bagi Azrul Hisyam Samsuri tiada apa yang tidak mampu dicapai tanpa usaha dan semangat untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi.


A1
sumber: facebook

Dia yang kini menuntut di Universiti Michigan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia telah mengukir sejarahnya tersendiri sebagai satu-satunya penuntut Malaysia yang menerima Anugerah ‘The Walter R and Margaret W Yates Memorial Scholarship’ sejak 31 tahun dulu. Wow! Hebat tu!

Azrul mendapat hadiah wang tunai sebanyak AS2,000 (RM8,657) berserta sijil penghargaan selepas memenangi anugerah tersebut. Tahniah!

18157183 10155251952419513 3921879740034583497 N 1
sumber: facebook
18194226 10155251952344513 684564556699385962 N
sumber: facebook

Kejayaan lelaki yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini mula tular di WhatsApp dan mendapat pujian daripada ramai pihak yang menganggap kejayaannya itu sebagai sesuatu yang luar biasa.

Bagi bapa Azrul, Samsuri Pileh, dia amat berbangga dengan kejayaan anaknya yang juga lebih mesra digelar dengan nama Acoi.

Acoi merupakan bekas pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Jaafar dan memperoleh 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2011.”

^4E1C48A4415A58648B05B7Aa068C689B3C3E5F183Eb7Dbb4Cf^pimgpsh Fullsize Distr
sumber: blog tunku burhanuddin

Acoi juga pernah mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan pidato peringkat kebangsaan sebelum melanjutkan pengajian ke universiti berkenaan pada tahun 2014.

Kami dari Lobak Merah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Azrul dan semoga lebih ramai anak Malaysia akan mengharumkan nama negara di masa akan datang.

Adik-adik yang masih menuntut di sekolah tu, ambillah semangat Abang Azrul kita ni untuk terus maju ke hadapan. Tiada apa yang mustahil untuk terus berjaya tau!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.