Ibu ada insan utama yang gembira bila melihat kejayaannya, dia lah orang pertama yang pasti gembira bila melihat kita memegang segulung ijazah.
Tapi rasa sedih, kecewa, terkilan bahkan marah dengan kisah yang dikongsikan ini. Tak patut si anak melayan ibunya sedemikian rupa!
“Pak cik sorang je masuk, anak makcik suruh pakwe masuk tengok dalam”
Ramai netizen yang bengang dengan sikap anaknya, biarpun tak tahu siapa tetapi mereka sendiri dapat rasai kesedihan pada hati si ibu. Malah ada yang jenis sanggup tak hadir ke hari konvokesyen demi menjaga hati ibu dan ayah mereka.
Sanggup kau gantikan mak sendiri dengan pakwe kau? – Netizen
Orang yang menjaga kita dari kecil sampai dewasa adalah ibu bukan teman lelaki, jadi memang patut pun dia orang yang layak untuk menikmati hari bermakna itu. Macam-macam lagi hentaman netizen berikan, harap sikap sebegini dapatlah kita jauhkan.
Baca : “Abah teringin nak pi tapi tak dak modal…” – Sebak Baca Ucapan Bapa Buat Anak Sempena Hari Konvo