in

Anak Luah Rasa Kecewa, Mak ‘Pow’ Duit Bantuan Baitumal Negeri Untuk Sambung Belajar

Ft Anak Masuk Uni 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai ibu, telah menjadi satu tanggungjawab untuk menyediakan segala keperluan anak tanpa mengharapkan sebarang balasan. Namun bagi seorang anak untuk membalas budi, ia agak terlalu awal kerana dalam kes terbaru ini anak tersebut baru sahaja nak melangkah ke alam universiti.

Lebih mengecewakan lagi, si ibu itu dikatakan tidak pernah langsung menanggung anaknya dan alasannya untuk meminta balas budi itu sangatlah tidak munasabah.


 

Dilema anak B40, salah satu faktor membunuh motivasi

Luahan kecewa itu dibuat kepada pengacara TV terkenal oleh seorang remaja yang tidak mahu mendedahkan identitinya. Ia kemudiannya dikongsikan menerusi laman Twitter miliknya dengan mengatakan bahawa itu antara dilema golongan B40.

Dalam mesej tersebut, remaja itu menyatakan bahawa permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi diluluskan, difahamkan minggu depan adalah tarikh untuk dirinya melapor diri.

Atas berita gembira itu, remaja tersebut menyatakan ibunya adalah orang paling teruja untuk memohon bantuan baitumal negeri sebanyak RM4,000.

Namun begitu, ibunya mengarahkan dia untuk berikan RM 2,000 ke RM 2,500 kepadanya dengan alasan yang remeh.

Ibunya memberikan alasan bahawa dirinya lah yang penat dan susah payah dalam melakukan proses menyediakan salinan dokumen. Atas kelakuannya itu, remaja ini jadi buntu kenapa ibu bapa perlu terbabit dalam hal ini sedangkan ibunya itu tidak pernah tanggung dirinya, sebaliknya, dia ditanggung oleh saudara mara lain.

Remaja tersebut juga bertanyakan kepada orang awam jika ada pihak yang menjual komputer riba yang elok sekitar harga RM500 ke RM 1000.

 

Anak itu tanggungjawab, bukan pelan kewangan masa depan – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang marah dengan si ibu dan menasihatkan agar remaja ini agar jadi selfish demi kebaikannya sendiri.

Screenshot 2023 01 26 113143 Screenshot 2023 01 26 113154 Screenshot 2023 01 26 113233 Screenshot 2023 01 26 113308

Baca : Nak Kejar Minat, Pemuda Sanggup Tolak Tawaran Belajar Di Universiti Untuk Jadi Pemandu Bas

F1 Dbsgp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.