in

Anak Guna Ular ‘Russell Viper’ Untuk B*nuh Bapa Demi Pampasan Insurans Jutaan Ringgit

ft guna ular bunuh bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada awalnya ia dikatakan berpunca daripada serangan ular yang berbisa, namun kematian seorang kakitangan sekolah kerajaan di Tamil Nadu ini akhirnya terbongkar setelah polis mendapati bahawa ia satu merupakan pembunuhan terancang oleh dua anak lelakinya sendiri demi pampasan insurans.

Mangsa dikenali sebagai E P Ganesan, 56 yang bekerja sebagai seorang pembantu makmal di sebuah sekolah menengah kerajaan ditemui meninggal dunia di kediamannya sendiri yang terletak di Kampung Pothatturpettai berhampiran Tiruttani pada 22 Oktober lalu.


Artikel berkaitan : “The power of dua” – [VIDEO] Netizen Kagum Ular Tedung ‘Dengar Kata’ Lepas Dibaca Doa Nabi Sulaiman

Artikel berkaitan : Jari Telunjuk Kanak-kanak 7 Tahun Cedera Digigit Ular Sawa Ketika Tidur

Anak guna ular berbisa untuk bunuh bapa sendiri

Screenshot 2025 12 29 172107

Menurut sumber, mangsa disahkan meninggal dunia selepas tiba di hospital, dengan kesan gigitan pada lehernya yang sekaligus menyebabkan polis mengklasifikasikan insiden itu sebagai kematian akibat gigitan ular berbisa pada awalnya.

Namun, selepas sebuah syarikat insurans membangkitkan keraguan terhadap tuntutan pampasan yang dikemukakan keluarga mangsa, pihak polis membuat keputusan untuk melakukan siasatan semula.

Screenshot 2025 12 29 172123

Hasil semakan mendapati bahawa mangsa mendapat perlindungan daripada 11 polisi insurans yang nilai keseluruhannya mencecah 30 juta rupee (kira-kira RM1.37 juta), termasuklah beberapa polisi bernilai tinggi yang telah diambil dalam tempoh yang singkat sebelum kematiannya dan ia sekali gus menimbulkan syak wasangka.

2 kali guna taktik ular berbisa

Berikutan itu, pihak polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas dan mendapati kematian Ganesan sebenarnya adalah hasil perancangan rapi yang didakwa dilakukan oleh dua orang anaknya sendiri iaitu Mohanraj, 29, dan Hariharan, 26, dengan bantuan empat individu lain.

Menurut polis ia merupakan kali kedua suspek cuba membunuh mangsa dengan cara sama. Untuk pertama kali, ianya dipercayai berlaku seminggu sebelum kejadian di mana seekor ular tedung dibawa masuk ke dalam rumah lalu dibiarkan haiwan jenis reptilia itu mengigit kaki mangsa ketika sedang tidur.

Namun begitu, mangsa terselamat setelah dikejarkan ke hospital. Tidak berputus asa, dua beradik itu didakwa merancang satu lagi cubaan dengan menggunakan spesis ular yang lebih bahaya. Untuk kali kedua ini, ular itu sengaja dipaksa menggigit bahagian leher mangsa beberapa kali ketika mangsa sedang tidur nyenyak. Ia dikatakan bertujuan untuk memastikan kesan bisa yang mengalir lebih cepat dan boleh membawa maut.

Screenshot 2025 12 29 172315

Dalam pada itu, polis juga mendapati wujud kelewatan yang mencurigakan sebelum mangsa dibawa ke hospital dan dalam masa yang sama ular tersebut dipercayai dibunuh di dalam rumah selepas kematian mangsa bagi tujuan menghapuskan bukti serta menguatkan lagi gambaran kematian akibat kemalangan.

Dalam pada itu, siasatan kewangan pula mendapati bahawa salah seorang suspek ada membuat transaksi sebanyak 50,000 rupee (sekitar RM 6,759) secara atas talian dan tunai kepada rakan subahat untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kesemua 6 suspek yang terdiri daripada anak mangsa dan rakan subahat kini telah direman untuk membantu siasatan lanjut. Pihak polis juga telah merampas beberapa kenderaan dan telefon bimbit sebagai bahan bukti.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa kes tersebut berjaya dibongkar hasil siasatan menyeluruh yang melibatkan krisis kewangan, rekod komunikasi serta siasatan lapangan yang sekaligus mendedahkan bagaimana satu kematian yang dianggap sebagai tragedi sebenarnya telah dirancang untuk meragut keuntungan insurans.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.