in ,

Alyssa Bustamante: Kisah YouTuber Remaja Bunuh Jiran Umur 9 Tahun Sebab Nak Rasa Keseronokan Membunuh

Kalau tanya kawan-kawan, Alyssa Bustamante hanyalah macam remaja normal yang lain.

Dia sentiasa sweet dan semua orang sayangkan dia.”

Namun, dalamannya remaja berusia 15 tahun ini mengejutkan rakan-rakan dan keluarga kerana dia mempunyai sisi gelap yang dia tonjolkan di internet.

Zaman kanak-kanak Alyssa

Antara tahun 2002 dan 2009, Alyssa dibesarkan oleh nenek dan atuknya. Ibunya, Michelle Bustamante mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan alkohol hingga ditangkap dan dipenjarakan. Bapanya pula dipenjarakan atas tuduhan mencederakan orang.

Walaupun kedua ibu bapanya penjenayah, ia tak menghalang Alyssa untuk menjadi pelajar cemerlang di sekolah.

Kawan-kawan remaja ini menggambarkan Alyssa sebagai seorang yang suka menulis puisi dan gemar bergurau senda. Dia juga sering pergi ke gereja dan sertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh gereja tersebut.

Namun, pada tahun 2007, Alyssa pernah cuba untuk bunuh diri. Lepas menerima rawatan di hospital psikiatri selama 10 hari, Alyssa meneruskan kehidupannya dengan bergantung kepada ubat anti depresi.

Alyssa di alam maya

Di alam maya, Alyssa seperti seorang individu lain dari apa yang dia tonjolkan di depan keluarga dan rakan-rakan.

Dia sering update Twitter tentang kebenciannya terhadap pihak berkuasa. Bukan tu je, di YouTube dan MySpace bahagian hobi, remaja ini mengatakan dia gemar “membunuh orang” dan “memotong”.

Alyssa juga pernah muatnaik video di YouTube menunjukkan dia pernah menyuruh dua adiknya untuk sentuh pagar elektrik.

Pembunuhan Elizabeth Olten

Pada 21 Oktober 2009, Alyssa mengekspresikan fantasinya ke dunia nyata.

Jarak empat rumah dari rumahnya, tinggal seorang kanak-kanak berusia 9 tahun, Elizabeth Olten. Elizabeth sering datang ke rumah Alyssa untuk bermain bersama Alyssa dan adik-adiknya.

Pada malam Elizabeth dibunuh, ibu kanak-kanak ini berkata anaknya merayu supaya diizinkan untuk bermain di rumah Alyssa.

Kali terakhir ibu Elizabeth melihat anaknya hidup adalah pada jam 5 petang dan bila anaknya tak pulang ke rumah pada pukul 6 petang, ibu ini tahu ada sesuatu yang tak kena.

Sehari selepas Elizabeth dilaporkan hilang, pihak FBI telah menyoal siasat Alyssa dan mengambil diari milik remaja ini.

Pihak berkuasa menemui lubang di belakang rumah remaja ini yang mempunyai bentuk seperti kubur. Namun remaja ini katakan yang dia suka gali lubang.

Apabila siasatan lanjut dijalankan, pihak berkuasa menemui satu lagi lubang berbentuk kubur yang ditutup dengan daun di belakang rumah Alyssa. Di dalamnya adalah mayat Elizabeth.

Pihak pendakwa raya telah mendakwa Alyssa dengan tuduhan membunuh dan menahan remaja ini. Tangkapan ini mengejutkan orang ramai.

Sebelum semua ni, Alyssa hanyalah remaja yang normal. Ini bukan dia. Ini bukan Alyssa yang saya kenal.”

Perbicaraan Alyssa Bustamante

 

Diari yang dirampas dari rumah Alyssa mendedahkan identiti sebenarnya.

Walaupun Alyssa cuba tutup tulisannya dengan tumpahkan dakwat berwarna biru, penyiasat dapat melihat tulisan original yang ditulisnya selepas pembunuhan Elizabeth Olten.

Saya baru bunuh seseorang. Saya cekik dan kelar lehernya dan tikam dia. Sekarang dia dah mati. Saya tak tahu apa yang saya rasa sekarang. Ia sangat menakjubkan. Lepas saya atasi perasaan ‘saya tak boleh buat benda ni’, ia jadi menyeronokkan. Okaylah, saya nak ke gereja sekarang… Lol.”

Di mahkamah, Alyssa mengaku dia telah membunuh Elizabeth dan berkata yang dia cekik kanak-kanak tersebut sebelum mengelar leher dan menikam dadanya.

Selepas itu, Alyssa tanam mayat kanak-kanak itu di dalam lubang yang digali menggunakan tangan di belakang rumahnya.

Peguam Alyssa cuba untuk menggambarkan Alyssa sebagai kanak-kanak yang terganggu kerana ibu bapanya dipenjarakan. Namun, Alyssa tetap dibicarakan sebagai orang dewasa.

Beberapa minggu sebelum perbicaraannya pada tahun 2012, dua tahun selepas pembunuhan, Alyssa telah menerima rayuan untuk mengaku bersalah dan mendapat hukuman yang lebih ringan bagi mengelakkan hukuman mati.

Jika berkelakuan baik, Alyssa bakal dilepaskan dari penjara selepas 30 tahun.

Sumber: ati

 

Baca: Pembunuhan Kitty Genovese: Dibunuh Luar Apartment, 37 Orang Tengok Tapi Sorang Pun Tak Call Polis?