Buat peminat bola sepak dunia, tahukah anda bahawa bola sepak yang digunakan dalam setiap perlawanan Piala Dunia di Qatar perlu dicas terlebih dahulu sebelum dimainkan?
Menurut Marca.com, bola yang digunakan itu direka dengan sensor di bahagian dalamnya untuk memudahkan pengadil menilai jaringan gol, offsides dan lain-lain lagi ketika perlawanan berlangsung dengan mudah.
https://twitter.com/_Goatinho/status/1597801559714574336
Difahamkan, bola yang digunakan sepanjang Piala Dunia berlangsung pada tahun ini itu telah direka oleh Adidas.
Bola berteknologi tinggi tersebut dipanggil sebagai Al Rihla dan ia mempunyai sensor dengan berat 14 gram di dalamnya yang membenarkan bola itu dikesan berdasarkan titik pin lokasi dan masa pada bila-bila masa sepanjang perlawanan.
World Cup balls are being charged with electricity before Matchs start#FIFAWorldCup pic.twitter.com/kdrnxsLhh8
— Kick (@KickGlobe) November 25, 2022
Sensor itu berfungsi menggunakan bateri kecil yang bertahan sekitar 6 jam penggunaan.
Memetik laporan dari laman web Adidas, bateri sensor tersebut boleh dicas semula.
Namun, sayangnya, bola dengan sensor ini yang juga merupakan bola rasmi perlawanan Piala Dunia ini tidak akan dikomersialkan atau dijual di mana-mana kedai.
Baca: Bos Bagi Cuti 2 Minggu Untuk Tonton Piala Dunia Di Qatar, Peminat Bola Sepak Jepun Viral