in

Akui Kecuaian Penjara Sungai Buloh, Saifuddin Akan Ganti RM20,000 Kos Persemadian Mayat Kepada Keluarga

Ft Hospital Sungai Buloh Banduan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ambil cakna dengan kes kesilapan identiti mayat yang terjadi terhadap seorang banduan Penjara Sungai Buloh baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akui wujud kelemahan dan kelemahan sistem dalam insiden berkenaan.


Oleh sebab itu, Kosmo! melaporkan bahawa beliau akan menanggung sepenuhnya kos persemadian mayat lebih RM20,000 yang sudah dibelanjakan satu keluarga yang terlibat.

Bahkan, akibat kesilapan ini juga, beliau menegaskan bahawa tidak akan berkompromi terhadap sebarang aspek kecuaian bagi memastikan ia tidak berulang.

Screenshot 2023 03 09 112745

“Saya akui ada elemen kecuaian dan kelemahan sistem. Kita segera arahkan penubuhan jawatankuasa lembaga siasatan serta-merta dan arahan saya adalah tidak boleh ada sebarang kompromi terhadap aspek kecuaian.”

“Kita akan sentiasa mengambil langkah penambahbaikan, apakah sistem sedia ada tidak memadai dari sudut proses identifikasi. Kalau kita perlu teroka idea lain, kita terbuka.”

“Atas perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh keluarga, saya sendiri akan bayar pampasan itu. Saya akan selesaikan dalam tempoh kurang 48 jam.”

Kira-kira pada Ahad lalu, tular satu video tentang kekeliruan yang berlaku terhadap sebuah keluar apabila mereka dimaklumkan oelh pihak penjara untuk tuntut mayat anak mereka di Hospital Sungai Buloh. Difahamkan si mati tidak sedarkan diri ketika dalam tahanan.

Keluarga tersebut mendakwa bahawa anak mereka tinggal dan bekerja di Selayang, Selangor, ditahan sebelum ditempatkan di Penjara Sungai Buloh bersama lelaki yang meninggal dunia itu.

Pihak keluarga sudah dipanggil untuk membuat pengecaman mayat selepas selesai proses bedah siasat di hospital, namun fizikal mayat itu menyebabkan pihak keluarga sukar membuat pengecaman sebelum pengebumian.

Baca : “Habistu mayat siapa kat rumah?” – Tinggal Nak Kebumi, Rupanya Anak Masih Hidup!

Anak Hidup Mayat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.