in

“Habistu mayat siapa kat rumah?”- Tinggal Nak Kebumi, Rupanya Anak Masih Hidup!

Anak Hidup Mayat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah insiden pelik tapi benar berlaku di Tampin, Negeri Sembilan. Sebuah keluarga berada dalam kekeliruan apabila anaknya yang dimaklumkan telah meninggal dunia rupa-rupanya masih hidup selepas mendapat panggilan video daripada pihak penjara.

Bapa lelaki itu yang dikenali sebagai Chantren berkata, dia menerima panggilan telefon daripada pihak Penjara Sungai Buloh pada 3 Mac.


Menurut laporan Astro AWANI, anaknya yang berusia 19 tahun itu dikatakan telah meninggal dunia pada 2 Mac.

“Kami diminta menuntut mayatnya di Hospital Sungai Buloh, Selangor namun pihak berkenaan tidak membenarkan kami berbuat demikian sehingga saya menurunkan tanda tangan.

Sebaik melihatnya, kami mendapati keadaan wajahnya setelah bedah siasat berbeza kerana ada kesan jahitan selain rambutnya telah dibotakkan,” katanya.

Mayat anaknya itu seterusnya dibawa pulang ke rumah mereka di Taman Desa Permai untuk dikebumikan kira-kira jam 12 malam semalam.

Shutterstock 192399458 Crop U2053
Gambar hiasan

Tiba-tiba dapat panggilan video?

Pun begitu, tiba-tiba Chantren menerima panggilan video daripada pihak penjara yang memaklumkan anaknya itu masih lagi hidup.

“Sekitar tiga ke empat jam sebelum proses pengebumian dilaksanakan, pihak penjara menghubungi kami bahawa anak kami masih hidup dengan membuat panggilan video.

Tidak tahu macam mana hendak saya gambarkan, anak kami masih hidup dan mayat siapa pula di rumah ini?

Sehingga kini masih tidak dimaklumkan kenapa anak kami ditahan di penjara atas kesalahan apa termasuklah kekeliruan berhubung mayat yang ada di sini,” katanya.

Difahamkan, pihak penjara telah tiba di kediamannya untuk membawa pulang mayat tersebut dan Chantren juga meminta untuk bertemu anaknya di penjara.

Macam dalam filem…

Baca: Bekas Pegawai Bank Goldman Sachs Ibaratkan Penjara Sungai Buloh Seperti ‘Neraka’

Roger Ng Neraka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.