in

“Akuarium bergerak”- Bawa Ikan Peliharaan Korang Bersiar-siar Guna Beg Khas Ni

Feature 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang pandemik Covid-19 ini, dapat dilihat ramai yang stres dan menghadapi kemurungan sebab terpaksa berkurung dalam rumah je kan. Namun, masalah stres seumpama ini bukan hanya melanda manusia sebab haiwan peliharaan kita pun sama.


Jadi, sebuah syarikat di Jepun telah menghasilkan sebuah inovasi terbaru iaitu sebuah beg khas untuk ikan. Menurut Oddity Central, beg akuarium bergerak itu dikenali sebagai beg katsugyo.

Bentuk beg tersebut direka seperti tiub panjang yang lut sinar. Ianya juga dilengkapi dengan pemegang untuk memudahkan pemiliknya membawa haiwan terbabit bersiar-siar.

Difahamkan, beg ini juga lengkap dengan tolok yang berfungsi untuk mengawasi kadar bekalan oksigen untuk ikan kita.

Beg akuarium ini telah dicipta sebab pihak syarikat tersebut nak beri alternatif baharu kepada plastik biasa yang digunakan oleh masyarakat setiap kali membeli ikan hiasan. Betul jugak tu, plastik kan lambat nak terurai dalam tanah, jadi cara ni boleh lah selamatkan alam sekitar kita. 

Buat masa ini, pihak syarikat tersebut telah berkongsi setiap perkembangan eksperimen ciptaan ini menerusi Instagram memandangkan beg yang dihasilkan oleh ‘Ma Corporation’ ini dikatakan masih belum siap sepenuhnya.

Mereka kini sedang menguji beg ini dengan menggunakan pelbagai jenis ikan yang boleh dimakan. Dengar kata, siap ada lubang khas untuk bagi makanan dekat ikan ni pada beg tu. 

Berguna jugak kan ciptaan ni. Lepas ni, kita dah tak payah tinggalkan ikan peliharaan kita sendirian di rumah kalau nak balik kampung. 

Sumber: Oddity Central, Instagram katsugyo_bag 

Baca: “Tak cukup duit” – Anak Teringin Pergi Akuarium, ‘Helah’ Kreatif Bapa Ini Buat Netizen Terhibur

Akua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.