Kira-kira tahun 90-an ke awal tahun 2000, pasti ramai yang ‘familiar’ dengan pelakon Alqal Sahar dan antara drama yang paling diingati pastinya Diari Ramadhan Rafique. Namun begitu, tidak disangka namanya terus ‘hilang’ daripada dunia layar perak tidak lama lepas itu.
Namun menerusi Threads, Alqal kini menjadi tumpuan ramai apabila tanpa diduga dia telah memendam satu pengalaman hitam yang menimpa dirinya sepanjang aktif dalam bidang lakonan sewaktu kanak-kanak dulu.
Dakwanya, dia pernah menjadi mangsa liwat oleh darah dagingnya sendiri.
Artikel berkaitan: “Terpaksa akur kerana takut” – Budak 12 Tahun Diliwat 30 Kali Di Asrama Saudara Baharu
Artikel berkaitan: Polis Sahkan Suami Pengasuh Liwat Bayi 9 Bulan Ketika Ditinggal Bersama Dalam Bilik Selama 2 Jam
‘Mendiam’ daripada dunia lakonan

Kata Alqal, dia mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk menjadi artis sehingga ketinggalan dalam pelajar. Namun, apabila umur meningkat naik, dia tidak mampu bertahan dan bertukar pekerjaan sebagai kru belakang tabir sehinggalah PKP lalu yang membuatkan dirinya tiada apa-apa sebelum pulang ke kampung.
Kini, Alqal mendedahkan yang dia mula semuanya dari bawah dan melakukan kerja di kampung. Biarpun jauh daripada dunia glamor, Alqal menyatakan bahawa apa yang dilakukan sentiasa membuatkan dirinya bahagia dan dapat bersama ibu dan ayahnya.
Korban zaman kanak-kanak, jadi mangsa liwat sepanjang jadi pelakon

Dalam perkongsian seterusnya, Alqal membuat pendedahan yang dia pernah menjadi mangsa liwat oleh darah daging sendiri, namun pada waktu itu, dia hanya mendiamkan diri kerana ingin menjaga aib dan tali persaudaraan.
“Terlihat indah diriku Diwaktu kecik dgn belakon sana sini, hakikatnya DENDAM aku masih terpahat di fikiran. AIB lagi penting atau titik hitam yang tak penah hilang aku pendam sampai besar ? Aku diam untuk menjaga tali persaudaraan tu, hakikatnya sampai sekarang aku DENDAM kerana binatang itu masih tidak berubah, SUMPAH NAMA ALLAH INI BENAR.”
Bercerita mengenai pengalaman hitamnya itu, Alqal mengatakan bahawa dia datang daripada keluarga susah dan jadi menjadi pelakon adalah salah satu cara untuk membantu keluarga. Oleh itu, dia memilih untuk merantau dari Johor ke KL seorang diri.
Kata Alqal lagi, dia tinggal di rumah individu yang dipanggil Mak Uda dan dari situlah dia mendedahkan yang dia terpaksa melakukan perbuatan jijik. Tambahnya lagi, dia bertahan demi mencari wang, namun kesabarannya sampai ke penghujung setelah umurnya 17 tahun dan dia memilih untuk lari keluar dari rumah tersebut.
“Tak sanggup zaman kanak-kanak aku di LIWAT dipaksa binatang jantan tu, dan aku rasa ramai pelakon kanak-kanak zaman itu terkena dengan binatang ni, dan jugak masih di zaman sekarang pun ada budak-budak yang terjebak, cuma takut nak bersuara.”

Jelasnya, tujuan dia membuat pendedahan ini adalah untuk mengelakkan pelakon kanak-kanak sekarang lalui perkara jijik yang pernah dia hadapi dahulu.
“Dulu aku terpaksa hadap demi kewangan, dan mungkin sebab tali persaudaraan, tapi sampai bila aku nak pendam, binatang bahagia mencari mangsa terus menerus.”
“Harap apa yang aku buat ni jadi viral 1 Malaysia tahu sisi gelap pelakon kanak-kanak, nak-nak sangat belakon tapi kena hadap binatang topeng manusia, aku yang sedara dengan dia pun dia sanggup, apatah lagi orang lain.”
Tambahnya, lebih menyakitkan hatinya lagi apabila dia mendapat tahu bahawa adiknya juga pernah menjadi mangsa di mana pelaku itu pernah meraba adiknya.
Sumber : Threads
