in

“Aku pun nangis sekali”- [VIDEO] Remaja Tak Dapat Tahan Sebak, Kucing Kesayangan Mati Termakan Racun Tikus

cats 79

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat pencinta kucing, haiwan comel ini bukanlah sekadar haiwan peliharaan, tetapi sudah dianggap seperti ahli keluarga mereka juga. Mana taknya, tidur pun nak sekatil, bila orang nak study pun dia sibuk nak tidur atas meja study orang juga.

Tapi, berita sedih buat remaja ini bila dapat tahu yang kucing peliharaan dia tidak dapat diselamatkan walaupun sudah dibawa ke klinik haiwan.


 

Termakan racun

Kisah ini dikongsikan oleh kakak kepada remaja ini yang merupakan Juara Ratu Hijabista 2020 iaitu Wan Nur Aqilah Shahirah di Instagram qilaistheone melalui video yang dimuat naik pada 22 Mei lalu sehingga mendapat lebih 2 juta tontonan.

https://www.instagram.com/tv/CPIQa1hn7P0/?utm_medium=copy_link

Pada awalnya, kucing yang digelar Paktam itu sawan setiap 5 minit selepas dia termakan racun tikus di rumah kediaman mereka di Sabak Bernam, Selangor pada Jumaat lalu.

Bila tengok kucingnya sawan dan tidak bergerak, remaja itu tidak dapat tahan air mata sambil menggerak-gerakkan tubuh Paktam sebab risau kalau kucing itu sudah ‘tiada’. Boleh faham weh perasaan dia tu.

34

Selepas keadaan Paktam makin merosot, remaja yang dikenali sebagai Wan Abdul Hakiem Irsyad Wan Lokman bersama kakaknya terus bawa Paktam ke klinik haiwan terdekat untuk selamatkan kucing tersebut.

9h

 

Tak dapat tahan sebak

Sampai sahaja di klinik haiwan, remaja itu terus berlari masuk untuk bawa jumpa doktor haiwan.

Mula-mula remaja itu nampak happy sebab kucingnya masih hidup dari rumah sampai klinik. Seolah-olah masih ada harapan untuk Paktam kembali pulih seperti biasa.

“Paktam siap bangun dalam kereta cuma tak sempat record.”

Tapi, selepas 5 minit Paktam dibawa ke klinik berjumpa doktor, dia disahkan telah mati. Doktor di klinik itu memaklumkan yang Paktam tak dapat diselamatkan sebab racun tikus bertindak dengan pantas dalam badannya.

“Paktam dah takde….”

Selepas dapat berita tentang kematian tersebut, remaja itu dan kakaknya dengan hati yang berat terpaksa bawa semula kucing mereka yang sudah mati untuk ditanam di rumah mereka.

cxv

 

Netizen turut simpati

Di ruangan komen, ramai pencinta kucing yang faham dengan perasaan remaja yang baru kehilangan kucing itu.

photo6152439861978705464

photo6152439861978705463

Siapa yang bela kucing kat rumah tu confirm boleh relate dengan lelaki ni. Ganti la dengan kucing mana sekali pun tapi still tak sama, betul tak?

 

Sumber: qilaistheone

Baca: “Doktor cakap nk selamatkan mmg xsempat dah”- Kucing Mati Sebab Gagal Teran Keluar 7 Ekor Anaknya

ojmb

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.