Rasa geram, cemas, marah dan nak nangis pun ada apabila 3 video yang dimuat naik oleh @qianxing_ ni viral di Twitter sejak dua hari lepas.
Video dimana wanita meraung dan menjerit diiringi dengan suara jeritan lelaki yang agresif membuatkan ramai netizen yang ‘sakit’ bila mendengarnya. Disebabkan penularan itu, ada segelintir bahkan tuan empunya badan sendiri merasa keperitan yang mereka pernah lalui.
Saya takut, tak tahu apa yang terjadi kat perempuan tu”
Menurut wanita yang kongsikan video ni, kejadian malam tu berlaku masa dia tengah memasak. Difahamkan sebelum dia merakam video tersebut suara itu jauh lebih kuat.
Lebih mengharukan lagi, ia seolah-olah tak ada respon daripada jiran tetangga untuk memberikan bantuan. Tergamam bila mendengarnya dia dah cuba buat laporan kepada pihak pengawal untuk memantau keadaan sekeliling.
Namun begitu, tiada apa-apa yang berlaku dan suara itu tidak kedengaran lagi. 3 video itu telah mencetuskan kebimbangan netizen bila mendengarnya.
“I dah turun guardhouse and dorang dah check whole building dah, kelibat perempuan tu dah takde. Suara pun takde. I’m feel guilty seh”
Menurut wanita ini dia sangat bimbang dengan keadaan gadis yang meraung tu kerana dia pernah mengalami satu pengalaman pahit sewaktu dia kecil-kecil dulu.
I nak tolong bcs benda ni pun dia macam my childhood memories. Where my dad used to abuse my mom and my step-mom”
Ini kerana susulan dengan penularan video tersebut yang telah meraih lebih daripada 6,000 retweets. Ia telah mengimbau balik pengalaman pahit yang @_senoreeta pernah lalui semasa dia menjadi mangsa keganasan bekas teman lelakinya.
Katanya, sewaktu dia dipukul dia menjerit sekuat hati untuk menolong jiran tapi diendahkan.
Reminds me of the time when i was crying & screaming for help. But none of the neighbours came to check. I even kicked things to the wall, made all loud noises to get the neighbours attention. And no one, no one came to help me escape the monster who abused me. https://t.co/YKGAQ5MxY2
— ᴇᴠᴀ ♡ (@hollyhel_) September 19, 2019
Malah dia juga pernah diancam oleh lelaki tersebut sehingga wanita ini jadi trauma bila ingat balik. Biarpun ia dah berlalu lelaki tersebut ada cuba-cuba menghubunginya walaupun kini dah menjadi suami orang.
This was like a yr ago but recently i received a missed call from a blocked number. I saved the no. then checked the profile pic from Whatsapp. ITS HIM. Then I got an email from him asking me HOW IM DOING lol y wud he wanna know when he’s now someone’s husband.
— ᴇᴠᴀ ♡ (@hollyhel_) September 19, 2019
Tapi bersyukur sekarang ni dia dah selamat, cuma video ni memang memberikan impak kepada segelintir wanita yang menjadi mangsa keganasan.
Thank God, now i have such a loving & caring boyfriend. The relationship I’m in now, I am breathing. 💛
— ᴇᴠᴀ ♡ (@hollyhel_) September 19, 2019
Dalam pada itu, ramai juga netizen yang kongsikan pengalaman mereka dan orang terdekat mereka yang pernah alami perkara yang sama.
Mohon dijauhkan daripada golongan-golongan ini.