Lain orang lain caranya dalam menilai individu itu jika ingin dijadikan pasangan hidup. Untuk wanita ini, dia anggap lelaki yang tidak menepati kehendaknya itu adalah ‘sampah’.
Perkara itu didedahkan selepas dia ada membuat satu perkongsian menerusi UTAR confessions berkeaan dengan kisah percintaanya. Dia bertindak tinggalkan teman lelakinya setelah 6 tahun bercinta sebab baginya lelaki itu tidak stabil kewangan.
“Tahu tak betapa malunya kalau aku dengan dia? Dia dah 28 tahun dan dah kerja lama, tapi masih tak mampu nak beli rumah dan BMW.”
Dia juga menjelaskan bahawa bekas teman lelakinya itu merupakan cinta pertamanya sejak bersua di koleh dan keputusannya untuk putuskan hubungan ini sebab katanya dia dah tak nampak future dengan lelaki tersebut.
Namun begitu, wanita ini menyatakan bahawa dia dah jumpa cinta barunya di tempat kerja.
“Dia berumur 20 tahun dan ada rumah yang bernilai RM 600,000, dia pakai kereta Tesla! Dia pun ada simpanan.”
Katanya lagi, lelaki yang ada kestabilan dalam kewangan tersebut merupakan orang atasan di tempat kerjanya, katanya, lelaki tersebut ada meminta dirinya untuk jadi teman wanita lelaki tersebut dan dia menerimanya.
“Orang perempuan, korang dengar ni. Kita mesti kena cari lelaki yang berjaya, lelaki yang tak ada duit ni memang trash.”
Dengan luahan yang dia berikan ini, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen, dia dilabelkan materialistik dan ada yang sokong lelaki yang ditinggalkan itu, bagi mereka lelaki tersebut patut bersyukur.
Aku happy dengan ex kau – Netizen
Apa pandangan korang pasal pendapat wanita, korang setuju atau pilih untuk pasangan yang boleh terima buruk baik dan menaikkan ‘dirri’ sama-sama?
Baca : “Diaorang bukannya tak ada duit” – Wanita Complain Parent BF Bagi Angpow RM5,264 Tak Cukup