Antara perkara teruja yang dialami oleh setiap individu adalah agihkan ‘rezeki’ kita kepada orang ramai dan pastinya mereka yang menerima itu akan rasa teruja dan gembira.
Kalau Hari Raya Aidilfitri, dapat duit raya dan kalau sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini pula akan dapat Angpow.
Tapi, berbeza pula dengan seorang wanita dari China ini, dia kecam oleh netizen dari Weibo sebab…
“Saya rasa terhina. Kewangan mereka bukannya teruk, jadi terang-terang mereka tidak menghiraukan saya dengan memberikan angpow banyak tu je?”
Menurut WORLD OF BUZZ, wanita ini merungut kerana angpow yang dia terima dari keluarga teman lelakinya itu tidak memuaskan.
Katanya, sebelum Tahun Baru Cina, dia ada menemani teman lelakinya ‘balik kampung halaman’ untuk melawat ibu bapanya dan ia adalah pengalamannya yang pertama kali bersua dengan keluarga tersebut.
Sepanjang waktu dia berada di sana, dia disajikan dengan makanan enak daripada ibu bapa teman lelakinya itu dan dia beranggapan bahawa keluarganya jenis orang “berduit” dan “tak kedekut”.
Ketika mahu pulang dari rumah keluarga teman lelaki itu, ibu kepada lelaki tersebut memberikan sekeping angpow kepadanya, dalam perjalanan pulang, dia buka angpow tersebut…
“Bila saya buka paket merah itu dalam kereta, tanggapan saya pasal keluarganya terus berubah.“
Menurutnya, angpow tersebut bernilai 8,000 RMB (RM5,264) dan dia langsung tak gembira.
Katanya lagi, ketika menceritakan perihal ini kepada kawan karibnya, rakannya itu mengatakan bahawa amaun yang diberikan itu mencukupi dan menyatakan kepada wanita ini bahawa dia patut bersyukur dan hargai pemberian itu.
Walaubagaimanapun, wanita ini masih belum terima hakikat dengan mengatakan…
“Kalau dia dah kedekut macam ni masa CNY, macam mana lah masa depan nanti?”
Perkongsian itu telah mengundang kritikan netizen dengan memberikan komen sinis kepadanya.
Berapa banyak pula mak ayah kau kasi kat dia? – Netizen
Haih lah, min ni kalau dapat RM 2 pun dah happy, apatah lagi dapat banyak tu, lagi banyak daripada gaji sebulan tuuu…..