in

“Aku doakan pakcik ni meninggal” – Ayah Risau Anak Mengandung Sebab Selalu ‘Onani’ Guna Seluar Dalam Anak

Msian Pakcik Who Masturbates Into 14Yo Daughters Panties Worried Semen Will Impregnate Her World Of Buzz

Seorang aktivis sosial, Syed Azmi telah kongsikan panggilan telefon yang diterima oleh seorang ahli farmasi wanita dari seorang pakcik pada 2 Ogos lalu. Dia kongsikan kisah ini di Facebooknya.

Nampak seluar dalam anak banyak lendir cair

Menurut ahli farmasi ini, di awal perbualan pakcik itu kelihatan segan nak bertanya, ini membuatkan dia terfikir yang pakcik ini nak tanya tentang hubungan kelamin. Namun, jangkaannya meleset sama sekali. Rupa-rupanya pakcik ni nak tanya tentang perihal anak perempuannya yang berusia 14 tahun.

Kata pakcik ni, akhir-akhir ni dia perasan yang seluar dalam anaknya ada banyak lendir-lendir cair, adakah ia normal. Tak senang dengan pertanya pakcik ini, wanita ini tanya macam mana pakcik ni tahu pasal keadaan seluar dalam anaknya.

Jawapan pakcik ni memang mengejutkan, dia kata yang dia tengok seluar dalam anaknya hari-hari dan perasan yang cecair di seluar dalam anaknya ini lain dari biasa.

Terkejut dengan jawapan dari pakcik ini, wanita itu tanya mana isterinya, kenapa bukan isteri dia yang tanya soalan-soalan ni. Selepas tu barulah satu per satu perbuatan pakcik ini didedahkan.

Ketagih cium dan jilat seluar dalam anak

Pakcik ni mengaku yang dia sebenarnya ketagih mencium dan menjilat seluar dalam anaknya. Walaupun perbuatannya ini dilakukan tanpa pengetahuan isterinya, menurut pakcik ini anaknya merelakan perbuatannya.

Dipendekkan cerita, setelah dikorek dengan lebih mendalam, pakcik ini berkata yang isterinya tak boleh nak puaskan dirinya yang perlukan seks sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Isterinya bekerja setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 5 petang menjual kuih dengan kawannya.

Manakala pakcik ini bekerja mengikut kawannya memandu lori dua kali seminggu. Oleh itu, masa terluangnya banyak dihabiskan dengan menonton video pornografi.

Lebih teruk lagi, pak cik ini berkata yang anaknya ini seolah-olah rela memberikan seluar dalam pada anaknya hingga jika tak diminta, anaknya akan offer seluar dalam pada ayahnya.

Ayah tak nak seluar dalam ke?”

Pakcik ini kemudian memberitahu yang sejak akhir-akhir ini, seluar dalam anaknya sering basah dengan air mazi membuatkan pakcik ini percaya yang anaknya juga selalu memuaskan dirinya sendiri kerana menurutnya, anak perempuannya juga ketagih video porno dan mempunyai lebih 250 video lucah dalam simpanannya.

“Boleh ke anak saya mengandung?”

Kemudian, pakcik ini tanya lagi soalan yang menjijikkan. Dia bertanya kepada ahli farmasi itu, boleh ke anaknya mengandung kalau pakai seluar dalam yang basah dengan air maninya.

“Bukankah pakcik cakap pakcik ambik seluar dalam untuk guna dan lepas tu masukkan dalam mesin basuh? Macam mana pula anak pakcik boleh pakai balik seluar dalam yg ada air mani pakcik?”

Kemudian pakcik ini memberitahu wanita tersebut yang dia telah melakukan onani dengan seluar dalam anaknya dan letakkan seluar dalam tersebut di atas katil anaknya untuk anaknya tengok.

Pakcik ini menjelaskan, tujuan dia berbuat demikian kerana dia bangga anaknya boleh tengok yang dia ada banyak air mani.

Tapi apa yang merisaukannya bila dia nampak anaknya pakai seluar dalam yang sama semasa anaknya buka seluar jeans dan menanggalkan seluar dalam tersebut di dalam tandas.

Macam bapak dan anak bercinta senyap-senyap

Menurut ahli farmasi ini, berdasarkan cerita pakcik ini, ia seolah-olah pakcik ini dan anaknya bercinta secara diam-diam dan dia kata tujuan dia telefon sebab dia takut dia ‘usik’ anaknya. As if apa yang dia buat ni tak salah kan?

Tak tahan dengan cerita yang dia dengar dari pakcik ini, ahli farmasi tersebut memutuskan panggilan dan block nombor pakcik tersebut.

“Saya tak tahan mendengar cerita pakcik ini dan saya putuskan talian dan block. DIa cuba telefon saya berkali2 lagi selepas itu.

“Saya tak tahu bagai mana tn syed boleh bantu budak ni tapi dada saya sesak…rasa dihempap selepas perbualan sebegini. Saya risau anaknya mengandung hasil benih bapanya sendiri.”

Di akhir postingnya, Syed menyeru semua ahli farmasi untuk sentiasa bertenang dan bersedia serta menganggap yang mungkin orang yang menelefon mereka benar-benar memerlukan bantuan.

Sekarang ini, Syed Azmi telah pun menghubungi pihak-pihak tertentu mengenai kes ini dan cuba untuk menyiasat sejauh mana kebenaran cerita dari pakcik ini dengan harapan untuk menyelamatkan budak perempuan tersebut.

Apa-apa pun admin harap dorang dapat trace pakcik ni dan dapatkan penjelasan yang sebenar. Harap-harapnya semua pihak mahu bekerjasama dan kalau betul pakcik ni salah, moga dia dapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

 

Baca: “Saya tak pernah tengok jenayah macam ni” – Budak 12 Tahun Dirogol Oleh Abang & Pak Cik Sebelum Kepalanya Dipancung

Screenshot 2019 08 06 At 7.01.46 Pm